BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 15, 2009

Tahniah buat adik Nik Nur Madihah! - Pelajar Terbaik SPM 2008


Madihah meraikan kejayaannya bersama ayah dan ibunya

TAHNIAH diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah, pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan selaku PELAJAR TERBAIK SPM 2008 dengan mendapat 19 A1, 1A2.

Kejayaan pelajar cemerlang yang berasal dari Sabak, Pengkalan Chepa ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.


senyuman kebanggaan seorang ayah

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2). Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A. Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.


menerima slip keputusan daripada Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah

Alhamdulillah, MMP masih dapat mengekalkan kejaguhannya. Lama dah saya tak p ziarah sekolah tu. Rindu sangat-sangat, especially Cikgu Razali atau lebih glemer dengan gelaran ‘Papa Li’, kerana sifatnya yang sangat mesra dengan pelajar. Sungguh, aku rindu bumi maahad, tempat aku dan sahabat menuntut ilmu...bumi yang penuh barakah…

Tahniah saya ucapkan kepada adik Nik Nor Madihah Nik Kamal atas kejayaan ini. Anda telah membuktikan bahawa pelajar agama mampu bersaing dalam bidang akademik, tidak sebagaimana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang sering memperlekehkan sekolah-sekolah agama. Moga anda menjadi contoh terbaik generasi yang akan datang…insyaAllah..

~ummuhirrah~

2 comments:

nurul asma mazlan said...

salam.....
betul2.. sy setuju 102 peratus. sebenarnya student agama lbh mantap dan hebat berbanding student biasa. sy pun bdk maahad jgk tapi Maahad Mahmud Alor Star (maktab mahmud), kedah. hehehe

Melawis said...

Salam...ana tak setuju apa yang dipost oleh Nurul Asma.......coz semua orang tahu kejayaan bukan terletak kat mana dia bersekolah...banyak faktor-faktor lain.