BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 17, 2009

Salam imtihan...


Pejam pelik pejam pelik, rupa- rupanya dah tiba musim final exam…rasanya baru jer melangkah ke tahun dua saat itu, tup tup tup, dah nak mengakhiri sem dah....cepat sungguh masa berlalu…

Alhamdulillah, dengan keizinan dariNya, saya sempat balik kampung sebelum menghadapi exam, balik jumpa family tersayang, ummi abah, kak na dan abg Ki, nenek...walaupun hanya selama 3 hari, membuatkan saya 'lega' kerana dapat melepaskan rindu di hati ini...

Walaupun terpaksa menghabiskan wang yang saya kira boleh tahan harga tambangnya dari tempat saya ke kampung, sedikit pun saya tidak pernah merasa ianya merugikan, kerana bagi saya, restu dari ummi dan abah itu lebih penting dari segala-galanya, antara kunci kejayaanku sebelum melangkah ke dewan peperiksaan yang bakal tiba...

Benar, apabila memandang wajah mereka, perasaan rindu yang selama ini membuak-buak didada, merasa lapang kembali. Dengan keadaan abah dan ummi yang dalam keadaan kurang sihat, saya bersyukur kerana masih dapat tengok2 kan mereka, jaga mereka sedaya yang mungkin, dan saya dapat lihat, dari kaca mata abah dan ummi, gembira dengan kepulangan anaknya ini, walaupun hanya seketika cuma...moga Allah memberi kekuatan kepada ummi dan abah, dalam menghadapi ujian ini...dah itulah, tanda kasih sayang Allah, kepada hambaNya...yang tidak membiarkan hamba-hambaNya lalai walaupun sesaat cuma...moga ummi dan abah tenang menghadapi ujian ini... :)

Alhamdulillah, kini, saya sudah kembali ke kampus. Membelek-belek kembali nota-nota, mengulangkaji pelajaran tidak kira masa dan tempat, menunggu saat-saat getir untuk berjuang!

Percayalah, setiap usaha dan pengorbanan yang kita lakukan, akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah.

Janji Allah dalam surah AnNajm, ayat 39 yang bermaksud:

“Dan bahawasanya tidak memperoleh seseorang itu melainkan atas apa yang diusahakannya.”

"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf (12:87).

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku dalam menghadapi saat-saat getir ini, kurniakanlah kepadaku kesihatan yang baik sempanjang peperiksaan ini, hanya padaMu tempat aku berserah diri...

Ummi, abah, doakan kejayaan anakmu di sini...hanya doa kalian membuatkan diriku tenang di dunia ini...

Salam imtihan buat semua sahabatku, all da best ya! =)

~ummu hirrah~

0 comments: