BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

Syawal yang bermakna~



Tanah Airku tercinta~

Pagi itu, 18 September 2009, akhirnya diriku selamat tiba di kampung halaman tercinta, setelah penat ‘mengharungi’ jalan yang agak ‘jam’ sepanjang perjalanan pulang ke Kota Bharu. Setelah tiba di perkarangan rumah, salam terus diberikan. Tetapi, hampa. Tiada jawapan, tiada respon. Mana ummi, abah dan cucu barunya ni? Tika itu, hanya tuhan yang tahu betapa tidak sabarnya diriku ingin menemui anak buah kesayanganku yang pertama itu, Balqis Basyirah.

Salam terus diberikan, tetapi jawapan terus membisu.

Tiba-tiba, tup tup tup~ handsetku berbunyi menandakan masuknya satu mesej. Rupa-rupanya sms daripada kak long. Katanya, dia, ummi, abah serta abang long ku kini berada di Masjid Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka untuk proses cukur rambut anak buahku itu. Seperti biasa, pada pagi Jumaat, satu ruang di Masjid itu akan dipenuhi dengan baby-baby yang baru lahir bersama ibu bapa mereka sambil menunggu giliran untuk dicukur rambut anak-anak mereka. Menurut Kak Longku, pada pagi itu sekitar dalam 50 baby juga menunggu giliran mereka, semuanya berebut-rebut mahu ‘dicukur’ oleh sentuhan ulama’..Subhanallah.. Disebabkan Baby Balqis antara ‘juara’ menangis pada pagi itu, jadi dia terpaksa diutamakan daripada baby-baby yang lain, walapun belum lagi sampai gilirannya.. Owh, kecil-kecil lagi dah pandai ya kamu Balqis? ^_^

Setelah menantikan kepulangan mereka, akhirnya ahli keluargaku tiba di perkarangan rumahku. Tanpa menanti sesaat pun, diri ini terus mencium dan memeluk ummi dan abahku. Abah membalas ciuman didahiku, ummi pula memelukku seakan tidak ingin melepaskan pelukan itu. Terlalu rindu. Kerinduan yang selama ini membuak-buak di hati ini terubat dengan ’sentuhan’ mereka. Alhamdulillah, syukur kerana aku masih diberi peluang menatap wajah suci mereka. Terima kasih ya Allah... Setelah melepaskan rindu di hati, mata ini terus mencari-cari si kecil sayangku, Balqis. Terlalu gembira tidak terkata. Mahu sahaja didukung, tetapi disebabkan tubuhnya yang masih lembut ( baru masuk 2 minggu), jadi aku masih tidak ada kekuatan untuk itu. Sungguh comel baby ini..subhanallah...Sambil bermanja-manja dengannya, akhirnya aku terlena di sisinya...

Menjelang Syawal~

Syawal bakal tiba lagi. Tetapi persiapan untuk menyambut hari tersebut masih belum selesai sepenuhnya. Disebabkan kepulanganku agak lewat, menyebabkan persiapan tidak sesempurna tahun-tahun sebelumnya, yang mana seminggu sebelum umat Islam menyambut hari tersebut, rumahku telah kemas dihias sebaik mungkin di pelbagai sudut.

Persiapan menyambut hari raya tahun ini sekadar ala kadar. Masa yang hanya tinggal dua hari kucuba buat yang terbaik. Masa yang ada lebih banyak difokuskan kepada anak buah. Rupa-rupanya bukan senang mahu menjaga seorang anak kecil. Sangat memberi kesan fizikal dan mental. Rehat terpaksa dikorbankan, assigment yang berbaki terpaksa ditolak ke tepi, yang focus hanya untuknya, Balqis Basyirah. Sangat memenatkan, tetapi dari situlah sebenarnya mendidikku erti sabar yang sebenarnya. Penat, tetapi apabila segala-gala yang dilakukukan ikhlas hanya keranaNya, insyaAllah kebahagiaan yang bakal dikecapi nanti…percayahlah~ =)



Syawal yang bermakna~

Syawal datang lagi. Yang pasti, hari raya tahun ini disambut tidak sebaik dahulu persiapannya. Baju tema keluarga terpaksa diabaikan. Masing-masing dengan temanya sendiri, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Perancangan banyak tergendala. Semuanya gara-gara kelahiran anak sulung kak longku yang melahirkan babynya 2 minggu awal dari tarikhnya. Menyebabkan, semua tertumpu kepada kak long, dan segala perancangan menyambut hari lebaran terpaksa dikemudiankan.

Walapun persiapan menyambutnya sekadar ala kadar, tetapi syawal ini juga adalah syawal yang pertama bagi kami sekeluarga menyambut bersama insan yang baru mengenal dunia, Balqis Basyirah. Teramat seronok. Rumahku kini tidak sunyi dari suara tangisan baby. Dengan itu, bermulalah tugas baruku sebagai babysitter.. =) tugasan yang sangat mencabar. Maklumlah, tiada langsung pengalaman bermain-main dengan baby, apatah lagi menjaganya. Alhamdulilllah, dengan kehadiran Balqis, aku dapat menimba 'ilmu'ini secara praktikalnya. Aku mula berjinak-jinak ’menceburi’ bidang itu. Agak kekok juga sebenarnya, tetapi berkat kesabaran, alhamdulillah, daripada tiada pengalaman langsung, akhirnya aku berjaya menidurkan baby, memakai baju menukar pampersnya, dan menyusunya.. Dulu, aku paling fobia mendengar suara baby menangis, sebab aku takut tak dapat nak pujuk kembali. Tetapi alhamdulillah, dengan pengalaman yang sedikit ini ianya mengajarku bagaimana untuk mendekati insan bernama baby... ^_^

Alhamdulillah, pada pagi syawal yang bermakna itu, aku masih diberi kesempatan olehNya untuk melaksanakan solat sunat Aidilfitri. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan menunaikannya di Masjid Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, tetapi sejak tertubuhnya surau di kampungku setahun yang lalu, kami bertukar haluan ke sini, bagi mengimarahkan lagi surau Haji Hamzah ini. Alhamdulillah, setelah selesai menyempurnakan solat sunat itu dengan diimami oleh abang iparku, kami sekeluarga terus ke rumah nenekku yang hanya berdekatan sahaja rumahnya dengan rumahku. Kebiasaannya, kami terus menziarahi jiran-jiran tetangga yang berdekatan, tetapi disebabkan rumahku agak menjadi ’tumpuan’ pada pagi itu, jadi kami hanya tertumpu di rumah sahaja bagi melayan tetamu yang tidak putus-putus datang ke teratak kami...

Mengenai sambutan hari raya tahun ini, aku lebih banyak menghabiskan masaku di rumah. Bermula dari hari raya pertama sehingga raya ke-5, rumahku tidak putus-putus diziarahi saudara-mara dankawan-kawan. Semuanya ingin menjenguk si Balqis. Ramai juga yang kata matanya seperti ayahnya, miripnya pula seperti umminya, kateh ( kaki panjang) pula mengikut cik sunya ini. Betul ke?hehehe..ntah la, tinggi mcm saya kut nanti… =)

Pada hari raya ke -4, kami juga ada mengadakan jamuan makan sempena kelahiran Balqis. Hajat saya untuk ke majlis makan anjuran Amal ( Alumni Maahad) di kampung kraftangan terpaksa dibatalkan. Mungkin ada hikmahnya? Only God knows. =) Alhamdulillah, ramai juga yang datang rumah kami hari itu. Yang paling best, baby Balqis dapat banyak sangat baju raya..cantik-cantik pula tu..waaaa..jeles plak cik Su dia ni taw..Terima kasih juga buat Uncle Hafiz n Auntie Nora atas pemberian baju raya buat baby Balqis..sangat comel~ syukran! =) Majlis Aqiqah pula belum sempat untuk dilaksanakan, mungkin selepas hari raya haji nanti InsyaAllah…

Pada hari raya ke -5, aku sempat meluangkan masa ke reunion sekolahku yang pertama di alam menengah iaitu Maktab Pengajian Islam di Jalan Bayam. Aku sempat menuntut ilmu di situ bermula peralihan sehinnga tingkatan dua, sebelum kaki ini berhijrah ke bumi Mmp, kota Bharu. Alhamdulillah, majlis yang agak simple, tetapi sangat bermakna. Sungguh terharu dapat bertemu kembali kawan-kawan lama, especially Amalia n Azliana, teman baik aku yang sentiasa di sisiku di saat suka dan duka. Pertemuan kami ini amat mengejutkan, kerana kehadiran kami ke majlis ini tidak diketahui antara satu sama lain. Alhamdulillah, syukur.. Allah masih mempertemukan kami bertiga. Terima kasih ya Allah..Aku terlalu menghargainya tuhanku...

Alhamdulillah, walaupun sambutan hari raya tahun ini sekadar ala kadar, namun ianya sambutan yang cukup bermakna buat diriku..terutamanya dengan kehadiran insan bernama Balqis Basyirah…! Baby…, cik su rindu kamuuu..!

0 comments: