BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 15, 2009

Tahniah buat adik Nik Nur Madihah! - Pelajar Terbaik SPM 2008


Madihah meraikan kejayaannya bersama ayah dan ibunya

TAHNIAH diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah, pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan selaku PELAJAR TERBAIK SPM 2008 dengan mendapat 19 A1, 1A2.

Kejayaan pelajar cemerlang yang berasal dari Sabak, Pengkalan Chepa ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.


senyuman kebanggaan seorang ayah

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2). Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A. Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.


menerima slip keputusan daripada Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah

Alhamdulillah, MMP masih dapat mengekalkan kejaguhannya. Lama dah saya tak p ziarah sekolah tu. Rindu sangat-sangat, especially Cikgu Razali atau lebih glemer dengan gelaran ‘Papa Li’, kerana sifatnya yang sangat mesra dengan pelajar. Sungguh, aku rindu bumi maahad, tempat aku dan sahabat menuntut ilmu...bumi yang penuh barakah…

Tahniah saya ucapkan kepada adik Nik Nor Madihah Nik Kamal atas kejayaan ini. Anda telah membuktikan bahawa pelajar agama mampu bersaing dalam bidang akademik, tidak sebagaimana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang sering memperlekehkan sekolah-sekolah agama. Moga anda menjadi contoh terbaik generasi yang akan datang…insyaAllah..

~ummuhirrah~

Thursday, March 12, 2009

Erti sebuah rindu....

Salam...
em dua tiga menjak ni saya asyik ingat kat kampung jee...lama dah tak balik kampung...rindu sangat kat family...


rindu kat ummi ngan abah....


rindu kak long n abg Long....


indu kak Na n abg Ki..... ( camna ya lepas jadi ustazah ni?hehe~)

indu Dik Long..., tunggu kak Yang balik ya sayang....

Ya Allah, sesungguhnya hati ini dalam kerinduan..., aku rindu belaian ummiku...., aku rindu pelukan abahku..., aku rindu gelak tawa kakak n abangku...,ak rindu manja kucing-kucingku... aku rindu kepada mereka...terlalu rindu ya Allah...

Miss all of u... :(

~ummuhirrah~

Wednesday, March 11, 2009

Dimensi Kesenian Islam UKM



Konsert nasyid kembali lagi! InsyaAllah, konsert nasyid Anjuran Ikatan Studi Islam(ISIUKM) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, NasyidFM dan Pusat Kebudayaan UKM akan mengadakan Konsert Amal Manis V pada:-

Hari: Sabtu (21 Mac 2009)
Jam: 8.00 malam
Tempat:Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR UKM)

Antara artis yang diundang ialah Inteam, Fareast, Devotees dan Nice.
Host: Amin Idris




Tema utama program Dimensi Kesenian Islam II (DKI II) ialah 'Keamanan Sejagat' manakala tema sampingan ialah 'Menyemai Budi Mengikat Kasih' berdasarkan perbincangan dan persetujuan antara Famili DKI II dan Aman Palestin Berhad. Kedua-dua tema ini dipilih dan dipersetujui untuk menepati senario 'Save Gaza' yang kian hangat diperkatakan bahkan ianya telah menjadi kewajipan kita semua untuk menolong saudara seagama di Palestin mengkut kemampuan seadanya. InsyaAllah, sebahagian hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Aman Palestin Berhad malahan kutipan derma akan dijalankan sepanjang program ini dilangsungkan. Manakala konsep program DKI II ialah 'Keamanan' dan 'Sambutan Maulidurrasul' yang akan diterjemahkan melalui beberapa sub-program DKI II khususnya Konsert Amal MANIS V. Semoga perjalanan program ini senantiasa dipermudahkan dan meraih keredhaanNya. Salam kejayaan!!

Berminat?Dapatkan tiket daripada:
Akhi Fikhry:019-367 1003
Ukhti Nazirah:013-313 4653

Jom ramai2 kita menyokong industri nasyid sambil membantu saudara kita di Palestin! :)

Monday, March 9, 2009

Pemergianmu dirindui....


(Ya Rasulullah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah....
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami MERINDUIMU......

Senilagu : Frizdan
Senikata : Frizdan
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w


Hari ini, seluruh rakyat Malaysia meraikan sambutan manusia teragung yang sangat kita sanjungi, Rasulullah s.a.w. Adakah wujud sebenarnya sambutan ini dalam Islam?

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-

"Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-

Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"

Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.

Maka Nabi S.A.W. berkata:

"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."

~Riwayat Bukhari dan Muslim~

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:

Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain. Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Menyambut ulangtahun keputeraan baginda rasul saw. tidak sama sebagaimana kita menyambut ulangtahun keputeraan tokoh – tokoh dunia yang lain yang hanya berlegar di sekitar majlis upacara dan keraian. Sambutan Ulang tahun keputeraan Nabi saw. adalah sangat penting bagi kita ummat Islam akhir zaman. (sekalipun ianya tidak pernah dianjurkan oleh baginda dan para sahabat rhm.) Justeru sambutan ini berfungsi untuk mengingat dan menginsafkan ummah terhadap beberapa perkara :

• Kesyukuran terhadap perutusan rasul saw. yang menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya hidayah.
• Penyataan bersama bahawa kita seluruh ummat Islam bersedia dan sanggup untuk melaksanakan syariat dan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda.
• Ikrar dan janji setia, bahawa kita akan menyambung risalah dan perjuangan baginda rasul saw.
• Mengambil qudwah dan iktibar dari keperibadian dan sirah (perjalanan hidup) baginda rasul saw.

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
Surah Al Ahzaab. Ayat : 21


Jelaslah di sini, tiada siapa yang mampu menafikan, bahawa zaman Rasulullah s.a.w adalah zaman kegemilangan Islam dan kita tentunya juga mendambakan kegemilangan tersebut. Justeru, suka atau pun tidak, kita seharusnya kembali menilai formula dan kaedah baginda s.a.w membentuk kegemilangan. Ayuhlah sahabatku, kita renungi kembali segala pengorbanan yang telah Baginda lakukan, demi memartabatkan Islam tercinta. Apakah pengorbanan kita terhadap baginda?hanya semata-mata meraikannya sahaja?Marilah bersama-sama kita berselawat, bukti cinta dan sayangnya kita kepada kekasihNya, Rasulullah s.a.w...

Sabda Nabi s.a.w: “Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Trimidzi)

Sabda Nabi s.a.w: “Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku,maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada" (Hadis Riwayat Abu Daud )

Sabda Nabi s.a.w: "Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya" ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Berdasarkan dari hadis-hadis ini , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita semua…ameen~

Pemburu cintaMu,
~ummuhirrah~

Friday, March 6, 2009

Bz-Byte Cyber Interactive (BCI) 2009



Alhamdulillah, akhirnya Kelab Komputer Bz-Byte Kolej Aminuddin Baki, UKM berjaya menjalankan program Byte Cyber Interactive (BCI) dengan jayanya. Antara program yang diadakan selama 3 hari ini bermula 20-22 Februari 2008 ialah mengadakan bengkel asas penyelenggaraan komputer, bengkel adobe photoshop (x sempat diadakan sebab blackout), pertandingan games dan banyak lagi. Sebagai Mt kelab ini, saya akui bukan suatu yang mudah nak handle program ini. Banyak yang perlu kita hadapi..masalah dengan pihak atasan, dengan anak buah..dan macam-macam lagi. Kalo ikutkan hati, memang tensen. Meeting, asgment, program2 luar…kene pandai manage masa betul-betul… memang agak stress time tuh.. Tapi di situlah sebenarnya mengajar kita erti berorganisasi kan? Rupanya, ia bukan suatu yang mudah jika tiada kesepaduan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, syukur, sebab anak-anak buah saya semua dapat jalankan tanggungjawab mereka dengan baik, walaupun ada jugak yang cuba ‘angin’kan saya dengan pelbagai alasan. Tapi sebagai ketua, saya cuba hadapinya dengan jiwa yang kental…think positive right?huhu~

Actually, sebelum majlis malam penutup berlangsung, petang tu kolej Aminuddin Baki blackout! Time tu jugak ade juga kolej-kolej yang senasib dengan kami. Uwaa…punye laa kalut time tu..bayang kan la, tak dek api, camne nak rehearsal majlis penutup tu? Gelap gelita, pastu hujan plak amat lebat…sampai air dah nak masuk foyer tu! So, kami just rehearsal stakat termampu je… ketua pengarah kata, tunggu je sampai kul 7, kalo ade teruskan majlis penutup ini, kalo tak de…mungkin akan ditangguh! Alhamdulillah, lega rasanya apabila dgr ditangguh tu,hehe. mungkin sebab penat sangat kot. Bayang kan laa, blackout dr pukul 5 pagi lagi…bangun pagi-pagi lagi, tup tup dah gelap n panas! saya tgk sume bilik bukak tingkap luas-luas…hehe...sib baik sume pompuan, Kalo kat blok k4 tatau la cmne…mungkin tidak sebebas kami kat k6 ni…nak gi mandi pun takot…sume kene bergelap.. memang insaf saat tu, terbayang2 dalam fikiran, camna ya kalau kiamat nanti? Lagi lama keadaan camni…isk. Insaf sangat2 time tu…:(

Dah abis rehearsal, terus balik bilik, makan! Lapar..sharian x jamah makanan. Sambil2 duk rilekkan diri, kipaskan2 badan dengan kertas, tiba-tiba klik!!!! Bunyi bising satu blok..hehe. Alhamdulillah, dah ade api balik!! Riangnya time tu…syukur ya Allah atas nikmat ini. Baru aku sedari, betapa nikmatnya anugerahmu ini, yang selama ini tidak pernah aku mensyukurinya…uhh…lega sungguh time tu…Tapi, tiba-tiba terjenak di fikiran. Alamak, bzbyte jd jugak ke malam ni?aduhh…saya agak majlis tu tak sempat diakankan tau…tu agak nervous jugak lepas ada api ni balik…ye la, rehearsal tu pom buat alakadar jee…so, lepas ada api tu memang kalut. Baju x iron lg, pkul 8 dah kene turun foyer. Pastu ada lg tak handle kat foyer tu. Pukul 8.30 dah mula mjlis..ahh…tensennyer! saya cuba rilekskan diri…cuba tenangkan fikiran, n sempat ‘jumpa’ Dia dulu, minta kekuatan…ketenangan…alhamdulillah…kurang cket tahap ketensenan tuh…tenang rasanya..

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya. Dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Syafiq, seterusnya ucapan dari pengetua dan ketua pengarah program. Majlis dihiburkan lagi dengan gimik menarik oleh sebuah robot yang tiba-tiba keluar dari langsir, berjalan ke arah pengetua, sambil membawa replika komputer, untuk ditandatangai pengetua di ‘skrin’ komputer tersebut, sebagai gimik perasmian malam itu, dan mendapat tepukan gemuruh dari penonton! Fansuri, anda memang berbakat menjadi robot!hehe..comei sangat taw dik…:) kepada Din, syukran atas kerjasama yang diberikan. Rasanya kalo tak dek ‘payung terjun’ dari hang memang tak mantop majlis malam tu noo…thanx ya! :)

Tepat jam 11 malam, berakhirlah majlis penutup BCI pada malam itu. Alhamdulillah, syukur ya Allah, kerana Kau telah memudahkan urusan ini. Walau agak memenatkan, ia mengajar diriku erti sabar, tabah dan berjiwa kental.. Benarlah, kemanisan dapat dirasi, jika segala-gala yang dilakukan, adalah keranaNya…tknz God… :) Sebagai ketua pengarah protokol BCI 2009, saya mewakili bahagian protokol memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tindakan yang mengguris hati mana-mana pihak sepanjang program ini berlangsung. Kepada ketua penyelaras protokol, Haryanti, tahniah kerana kamu dapat menjalankan tugas kamu dengan baik walaupun situasi kamu ketika itu amat mem’bz’kan kamu dengan program-program besar yang lain. Syukran jugak buat anak-anak buah akak yang lain, Syazwanie, Mahfuzah, Diana, Jamaiyyah dan Zam. Moga pengalaman ini menjadi kenangan terindah buat kita dan moga ukhuwah antara kita berkekalan hingga akhirya, di bawah payung rahmat kasih sayangNya…jumpa lagi! :)

Sayang Allah slalu,

~ummuhirrah~