BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 25, 2011

Ujian seorang pendidik..


Ahh..lama sungguh saya tidak berblog. Sungguh, jari-jemari saya terlalu rindu untuk ‘berkarya’seperti dulu, 2 taun yang lalu ketika berada di kampus perbukitan itu. Dan kini, saya kembali! Kembali dengan ‘perwatakan’ baru.. kembali dengan 1000 kenangan pahit dan manis utk dikongsi..

Alhamdulillah, setelah 3 tahun menuntut ilmu di kampus.. kini saya telah dipertanggungjawbkan Tuhan memikul tugas yang sangat berat.. Tika ini, saya masih tidak percaya yang saya sudah pun menjadi seorang pendidik.. layakkah saya? Saya cuba merenung dalam-dalam.. kerana saya tahu, amanah ini terlalu berat untuk dipikul, walau ianya kelihatan ringan di mata masyarakat.. Hakikatnya, ianya memerlukan kesabaran yang luarbiasa Alhamdulillah saya panjatkan pada Tuhan sekelian alam, yang mengurniakan kepada saya ‘tugasan’ ini.. Moga amanah ini mampu dipikul dengan sedikit kekuatan dariNya.. amiinn..

Untuk mendidik seseorang itu bukanlah suatu yang mudah. Kerna saya tahu, saya tidak dapat mendidik mereka dengan baik, sekiranya diri saya sendiri tidak terdidik dengan baik.. Ya, saya kini diuji.. diuji, diuji dan terus diuji olehNya.. walau saya sedari, kadang-kadang saya rasa x mampu untuk ditanggung.. terlalu berat.. kenapa saya sentiasa diuji dengan masalah yang sama? Adakah kerana saya masih tidak ‘lulus’ dengan ujian yang dulu? Ya Allah.. beratnya untuk dipikul.. sesungguhnya aku terlalu lemah utk diuji dengan ujian ini.. tapi sebagai hambaMu, aku redha.. dan aku pasti, setiap yg ujian yang kau anugerahkan, pasti hadir 1000 hikmah disebaliknya.. ya Allah, sekiranya ini adalah jalan terbaik di mataMu, aku sanggup berkorban utk itu.. berkorban utk diriku.. agar menjadi insane yang lebih sempurna dimataMu.. Kurniakanlah aku sifat redha-meredhai dalam setiap cubaanMu, Moga ujian ini membuatkan aku lebih kuat, lebih kuat utk mengharungi sisa-sisa kehidupanku.. yang tidak pernah dihargai..

26 April 2011
11 a.m

Monday, November 8, 2010

Kembali

Salam kepada semua, terutamanya buat pengunjung setia blog saya.. :)
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukurkan kepada Allah swt, sehingga ke hari ini kita masih dikurniakan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah, wa syukurlillah..
Maaf, kerana sudah lama tidak mengupdate blog kesayangan ini. Sejak kebelakangan ini, banyak perkara terpaksa diutamakan, oleh itu saya terpaksa mengepikan keinginan utk 'berkarya' di ruangan ini. Hanya menjenguk dari jauh, utk mengubat rasa rindu di hati..

Alhamdulillah, kini saya telah selesai menghabiskan pengajian saya di peringkat sarjana muda pengajian Islam pada beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah, sempat dianugerahkan segulung ijazah sehari sebelum kita menyambut bulan ramadhan almubarak. Moga dengan ilmu yang telah dibekalkan sepanjang tiga tahun pengajian di kampus perbukitan ukm, dapat diamalkan dan dikongsi bersama, insyaAllah.

Kini, saya telah pun berada di kampung halaman tercinta, bertugas alih dari seorang pelajar, kini gilirannya pula kepada kepada kedua ibu bapa saya . Mungkin agak ‘berat’ pada awalnya, dek kerna sudah lama tidak melakukan kerja berat, ( hanya stadi je kat kampus), tup3 semua kerja rumah perlu dibereskan dalam masa yang singkat..huhu. Jadi ketika ini, saya bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa. :)

Alhamdulillah, syukur kerana saya masih diberi ruang oleh Allah untuk menjaga kedua ibu bapa saya sebaiknya. Dengan izinNya, selagi nyawa dikandung badan, selagi mempunyai qaurat olehNya, saya cuba menjaga mereka setakat termampu, terutamanya keadaan kesihatan abah yang tidak begitu baik sejak akhir2 ini.. Sejak abah mengidap jantung beberapa bulan yang lalu, segala gerak-kerja hariannya telah beralih kepada saya. Abah dah tak dapat buat kerja berat lagi.. hanya berehat, makan ubat, itu yang termampu. Tapi saya tetap bersyukur, kerana Allah masih memanjangkan umur abah hingga ke saat ini. Alhamdulillah, sementara umur saya yang berbaki ini, saya akan menjaga abah dan ummi setakat yang termampu saya lakukan, insyaAllah. Terlalu banyak perngorbanan yang telah mereka lakukan untuk saya, semata-mata untuk melihat saya berjaya sehingga ke hari ini. Terima kasih ummi, terima kasih, abah. Hanya waktu ini adalah masa yang tepat untuk saya korbankan masa saya, sebelum saya sibuk dengan alam perkerjaan dan perkahwinan kelak. Moga saya diberi kekuatan fizikal dan mental untuk mengecapinya, insyaAllah.

Setakat ini dulu utk waktu ini, InsyaAllah, saya akan update blog ini sekiraya masa terluang lagi.. doakan. Wassalam.

Sunday, June 27, 2010

Selamat Pengantin Baru!

Sudah lama rasanya saya tidak ‘menyentuh’ blog kesayangan ini. Sekadar menjenguk kosong dari jauh untuk menghilangkan kerinduan dihati. Bukan sengaja membiarkan blog ini terus bersawang, tp terlalu banyak perkara yang perlu diutamakan menyebabkan saya terpaksa 'membekukan' idea-idea serta mengabaikan nukilan-nukilan yang terbuku di lubuk hati.

Melihat teman-teman lain sentiasa dengan idea-idea baru mereka, menyebabkan timbul rasa ‘cemburu’ membuak-buak. Sehinggakan ada juga teman saya yang mula ‘bising’ dek ketidakcanaan saya pada blog ini. Alhamdulillah, setelah lama jari-jari saya 'beristirehat', mungkin telah tiba waktunya untuk 'bekerja' kembali. Doakan saya dapat terus beristiqamah dalam ‘memperjuangkannya'.. =)

Pada episod kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman ke majlis perkahwinan teman-teman seperjuangan saya di ukm. Disebabkan banyak permintaan dari teman-teman yang tidak dapat hadir (disebabkan jauh atau sibuk), jadi di sini saya cuba uploadkan beberapa gambar ketika merakam saat-saat manis di hari bahagia mereka.


















Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat saya terutamanya Dalila dan Nisa’. Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajam’a bainakuma fi al-khair… Moga berkekalan dunia akhirat, moga menjadi penyejuk mata penawar hati suami, dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah, insyaAllah.. Selamat Pengantin Baru! =)

*kredit utk Nisa atas sumbangan beberapa gambar perkahwinannya. =D

Monday, February 1, 2010

Redha




Tika ini, hati saya diterjah gelisah. Perasaan saya bercampur-baur. Sedih, kecewa, resah, mula membelengu diri ini. Kecewa dengan sejarah yang sama berulang kembali.

Tika ini, wajah ummi mula berlegar-legar di mata saya. Saya rindu ummi. Saat ini juga saya perlukan dia. Tiada insan lain yang dapat memahami perasaan saya, kecuali ummi.
Mahu saja saya memeluknya tika ini..

Ummi, Yang sedih. Tak de sape yang boleh pulihkan perasaan ini kecuali ummi. Yang tak tau nak buat camna lagi utk hadapi masalah ni..I need u, ummi..

Ummi, sampai bila yang perlu mengalah dalam hidup ini? Dari Yang kecil, sampai kini, kenapa Yang perlu hadapi perkara yang sama ummi? Mengapa Yang rasa sedikit pun Yang tak de hak dalam hidup ni? Mengapa Yang sentiasa diketepikan sedemikian ummi?

Yang sedih diperlakukan begitu, dan yang tak tahu sampai bila yang dapat bertahan. Yang betul- betul tak de kekuatan saat ini..Yang perlukan ummi.. :'(

Yang tau, mesti ummi akan jawab: ”Yang mesti redha. Allah sayang Yang. Allah sokmo pilih Yang dari hamba-hambaNya yang lain, baiknya Allah. Sedikit pun tak izin yang jauh dengan Dia. Yang harus berysukur..” kan ummi?

Masa Yang ditimpa masalah ummi mesti cakap cmtu. Seolah-olah ummi dapat merasai apa yang Yang rasai skang ni...

Ummi, Yang tak pernah menolak taqdir dariNya, walaupun Yang akui mungkin dalam sesetengah perkara terkadang Yang sukar untuk menerimanya dalam hidup ini. Yang cuba untuk meredhai atas apa yang berlaku. Tapi Yang tak cukup kuat ummi. Bagaimana Yang nak hadapi masalah yang sama? Allahu akhbar..bantu aku ya Allah..

Yang tidak sekuat ummi. Tidak setabah ummi. Tidak sekental ummi. Tapi yang tak boleh mengalahkan, ummi? Yang akan cuba, cuba dan terus mencuba untuk pulihkan kekuatan yang berbaki ini..

Yang masih ada ummi di sisi Yang. Yang masih ada abah di sisi Yang. Dan yang paling penting, Yang masih ada ALLAH, di sisi Yang... :’(

Ummi, Yang redha dengan ujian ini. Yang sanggup korbankan diri Yang, semata-mata untuk menuju kehendakNya. Yang tak nak hanya kerana mengikut kehendak Yang sendiri, Yang akan menyesal seumur hidup...Yang x nak cmtu ummi...

Ummi, doakan Yang, agar berjaya menghadapi ujian ini dengan tenang untuk kali keduanya. Apa pun berlaku, yang REDHA atas segala taqdirnya, kerna Yang tahu, setiap taqdir dariNya adalah yang terbaik untuk Yang...

Ya Allah, aku redha dengan ujian ini. Pinjamkanlah aku sedikit kekuatanMu, agar aku bisa mengorbankan diriku, bisa mengenepikan kehendakku, bisa melenyapkan perasaanku, hanya untuk menuju keredhaanMu, tuhan..Terimalah pengorbanan hambaMu ini ya Allah, bukti aku masih mencintaiMu, tuhanku..

Wednesday, January 6, 2010

INTIM - Enjoy!


ALhamdulillah, akhirnya cuti minggu ini terisi dengan perkara yang bermanfaat. Pada sabtu yang lepas, saya bersama beberapa teman sekolej mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Permanis (Persatuan Negeri Sembilan, Ukm). Program ini telah diadakan di Port Dickson selama 2 hari. Program ini dinamakan INTIM - Interaksi Tautan Mahabbah, bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli. Aceli saya bukanlah ahli Permanis, tetapi disebabkan tak cukup orang utk ke sana, jadi saya bersama beberapa teman pun join aje lah. Free pulak tu.. ;) Mula-mula tu berat hati juga nak pergi, maklumlah banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Tapi, disebabkan kami masih berada di awal sem, assigment pun tak dek lagi, so saya amek peluang ni untuk 'makan angin' sambil menghayati kebesaran Allah.. ;)

Pada hari yang dijanjikan, kami bertolak jam 2 petang. Perjalanan mengambil masa 2 jam jugalah. Setelah tiba di sana, kami dibahagikan group masing- masing di setiap dorm. Yang pempuan di dorm aje..tapi yang lelaki dapat umah banglo..isk, x aci btol..mungkin sebab diorang tak ramai kot..so tempat diorang sangat selesa nampaknya. Tapi dorm saya boleh tahan juga, Cuma kelihatan agak lama..nasib baik ada icon..kalo x..huhu~

Setelah tiba di tempat kediaman kami, kami di'sambut' oleh beruk-beruk di sana. Mula2 tu saya buat x peduli je, sebab dah biase dengan beruk2 kat ukm ni..lagi ramaikan..tetapi, disebabkan beruk kat Pd ni lebih ’luarbiasa’, agak takut juga lah. Bayangkan, aapabila dia nampak kita je, 'diorang' terus kejar2..pastu duk intai2 pintu bilik kami..tunggu nak masuk aje..nak curik ke nak ngorat tatau la..adus. Nasib baik ada heroin yang agak berani juga nak lawan geng diorang. Tak lain x bukan, Ejyaz..huhu~ Dia lah yang cuba takut2kan beruk2 tu semua..halau ngan selipar..hehe. tu pon nampak diorang masih wat slumber badak jerr...siap main ciku cak lagi ngan Eyjaz..sib baik Eyjaz ni kental gile..kalo x..huhu~ Eii..degil btol beruk kat sni..tak berpendidikan mcm beruk kat Ukm..serious!huhu~ nama pun beruk universiti kan..memang lain sangat, perwatakan yang sangat berbeza..huhu~




Antara program yang diadakan selama 2 hari satu malam ini ialah:-

1) Sesi taaruf

- program ni agak simple je, sebab masa dah tak cukup..yelah, kami sampai pukul 4 lebih dah, nak kemas barang2 lagi..tup3 pukul 6 lebey baru bleh berkumpul dan taaruf. Kami dibahagikan setiap kumpulan, dan kami diberikan masa untuk berkenal-kenalan sesama ahli..Setakat nak ingat nama tu, bole la..hehe~ emm..ramai juga rupanya kawan2 dari Ukm Kl... ;)

2) Sukaneka


- Setelah tamat sesi taaruf, kami mengambil masa lebih kurang sejam untuk bersukaneka. Antaranya permainannya ialah bawa belon ngan perot, tp tangan kene wat peace~ hehe..susah gile.., pastu men selipar gajah sampai terputus2 dibuatnya n last sekali men bowling guna kelapa tua + botol..hehe..sangat bestttt... ;)

2) BBQ

- Aceli, program ni lah yang sangat dinanti-nantikan. Yelah, kami bertolak kul 2 lagi..langsung x makan ape..tp sib baik ajk2 diorang kasik roti gardenia + air mineral sebagai alas perut. Alhamdulillah.. Em malam tu, selepas sesi tazkirah maghrib ( sangat mantap penyampainya...) kami, dihidangkan Bbq yang sangat lazat! Ikan bakaq, pencicahnya dan sayur. dapat plak ikan cencaru gergasi..Huuuuu...best sgt2~ alhamdulillah....

3) Kuiz


-Selepas perot dah kenyang bangat, seterusnya kami diarah untuk membuat bulatan beramai-ramai. Lagu dipasang, sambil kotak dipas-paskan dari tangan ke tangan. Apabila berhenti sahaja lagu tersebut, orang yang terakhir memegang kotak itulah akan disoal. Acara ni yang agak nervous cket, sebab ianya melibatkan soal jawab mengenai sejarah negeri sembilan. Aduhai, mana ambo nak ingat..dah la Pengajian Am dah lama tinggal, sejarah lagi laa..huhu~ Program ni sebenarnya untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli2 Permanis. Secara jujurnya, program ini agak bagus kerana ianya bertujuan untuk lebih mengenali sejarah negeri 9, sebab semua soalan2 yang ditanya kebanyakkan di luar pengetahuan saya. Jadi, secara objektifnya kuiz ini banyak yang dapat di ambil. Cuma, satu je yang agak saya terkilan. Secara peribadi, saya agak kurang senang dengan ’denda’ yang dikenekan kepada mereka yang tidak dapat menjawab soalan kuiz tersebut. Mungkin bagi pihak mereka adalah untuk enjoy sahaja, atau mungkin untuk lebih merapatkan ukhuwah antara kami. Tetapi,bagi saya, ianya tidak sewajarnya seperti itu, apatah kita yang bergelar mahasiswa. Sebagai contoh denda: 1) Cuba buat gaya nak ngorat sape2 lah...dan banyak lg yang saya rasa kurang berpuas hati. Mungkin mereka boleh mengenakan denda yang lebih bermanfaat dan lebih baik impaknya kepada diri peserta. Saya bukanlah menghentam apa lagi mengkritik apa yang telah berlaku, tetapi bagi saya mungkin ianya boleh disi dengan perkara yang lebih bermanfaat, walau ianya sekadar suka-suka. Apatah lagi dari pemerhatian saya, kebanyakan exco-exco Permanis pula kebanyakkan mereka adalah dari kalangan Fpi, dan saya kira mereka boleh cuba untuk dijadikan role model atau mengambil jalan ini ke arah situasi yang lebih islamic. Itu hanya sekadar pandangan peribadi, maaf sekiranya ada yang terguris dengan pernyataan tersebut. Hanya berterus-terang, untuk kebaikan untuk hari-hari mendatang.

4) Night Walk

- Em..ni antara program yang sangat menyeramkan. Saya hampir-hampir membatalkan sahaja untuk menghadiri program ni hanya kerana satu proram ini –night walk-. Di kepala saya dah fikir macam-macam, kene tinggal sorang2 dalam hutan, hantu bla bla bla..mcm2 dah ade kat kepala ni waktu..ditambah pula, sorang pun di antara sahabat-sahabat saya tidak ditakdirkan dalam satu kumpulan dengan saya. Apapun, saya hanya berserah kepada Allah segalanya.

Mula-mula tu, kami dibahagikan kepada 10 kumpulan. Pada mulanya kesemua kumpulan mendaki bersama-sama. Dah sampai tengah-tengah hutan, kami diarah berjalan secara berkumpulan, secara berasingan. Kami diberi lilin sebanyak 2 batang, ( kecik sangat) dan kami perlu cari jalan pulang. Kalau tersesat, kami mesti cari jalan keluar sehingga jumpa.. :)

Setelah melalui program ini, apa yang dapat saya simpulkan disini ialah:

1)Pergantungan hanya pada Allah semata-mata
2)Merasai bagaimana perasaan dikubur kelak, sebab masa kat hutan tu gelap gelita.. Dan kini baru sayang sedari, betapa nikmatnya cahaya bulanMu tuhan...
3)Betapa pentingnya kerjasama antara ahli kumpulan. Alhamdulillah, saya ditaqdirkan di bawah bimbingan ’Rooney”, walapun saya lihat dia ni agak gila2 cket, tetapi rupanya sangat mudah bekerjasama dengannya, sentiasa membantu anak-anak buahnya, dan tidak berputus asa ketika kami hampir tersesat dalam hutan..
4) Dapat teman baru. Melalui program ini, saya dapat kenalan baru dari Ukm Kl, namanya Tuo, orang Sabah. Sangat mesra orangnya.. Bermula mendaki, sehingga sampai ke tenpat kediaman, tangan kami x pernah berenggang..hehe~ Alhamdulillah..

6) Berakit~

Emm..mula2 saya dengar program ni, saya tak dapat nak bayangkan camane nak main rakit nih, sebab kami semua ramai ( 1oo 0rang) so, tak dapat nak bayangkanlah, sebab saya ingat rakit ni kecik aje. Rupa2nya tak..

Citenya camni.. pada hari kedua, pada jam pkul 9 lebih kami diberikan taklimat camne nak pasangkan rakit dan cara-cara pertandingan ni. So pakcik tu ajar la camne nak pasang satu2. Amat rumit!! Bayangkanlah, ni bukan rakit kecik2 yang kita slalo tengok tu, tapi rakit gergasi, dalam 20 orang pun muat taw.. Antara alat2 yang diperlukan untuk buat rakit ialah:

1)Buluh besar – 6 biji
2)Buluh kecil – 9 biji
3)Tali ( lupa bilangannya, tapi banyak juga, sebab nak ikat setiap buluh tu)
4)Tong besar ( yang disi sedikit air) – 5 biji

Caranya nak buat rakit plak camni:-

1)Mula-mula kita pasangkan tali kat tong besar tu, di ’kepala’ dan di ’bawah’nya. Lilit2 sampai ketat ( mengikut caranya) sehingga kita betul2 yakin dengan keketatannya tuh..hehe~ Ikat kesemua tong besar tu...

2)Pasangkan buluh besar + buluh kecil, diikat-ikat antaranya, seketatnya. ( mengikut caranya). Buluh yang diikat itu perlu jaraknya 2 tapak tangan pada tong besar tersebut, untuk memberikan keselesaan kepada kita ketika mengayuh nanti.. ( susah nak xplain, kalo ada depan mata baru bleh nampak kot...) Kalo luaslah ruang antara buluh tersebut, luaslah kangkang kita nanti, kalo sempit plak, mungkin akan mengepit punggung kita plak..hehe. so, amek jalan tengah sederhana aje ya.. ;)

3)Dah siap ikat, tong besar yang dah diikat dengan tali tadi, diikat pula di bawah tong tadi. Maksudnya, tong tadi akan diikat di bawah buluh2 tadi..supaya dapat stabilkan waktu dalam laut nanti...

Selepas semuanya diikat ketat2, siaplah rakit gergasi yang memuatkab 20 orang... ;)
Alhamdulillah, untuk membuat rakit ni, mengambil masa setengah jam jugalah..Ditambah dengan panas terik m.hari..waduh3~ sangat memberi kesan fizikal dan mental...huhu~ Tapi, setelah bertungkus lumus menyiapkan rakit gergasi ni, puas rasanya! Alhamdulillah, kumpulan saya mendapat tempat ke dua menyiapkan rakit ni! Setelah ke-empat2 kumpulan selesai menyiapkan rakit masing2, bermulalah pertandingan rakit ini. Keempat-empat kumpulan ini bersaing untuk mengambil bendera yang telah dipacakkan di tengah2 lautan. Fuh. Sangat mkencabar! Tapi dengan usaha dan kecekalan setiap peserta, mereka cuba sedaya upaya untuk bersaing! Setiap group dipacakkan bendera masing2. Bendera merah, kuning, hijau dan biru. Dan kami diarahkan mengambilnya di tengah2 laut, dan kembali ke pantai, serta leraikan semula rakit tadi sepertimana sebelum ini. Alhamdulillah, kumpulan saya mendapat tempat pertama! Hidup kumpulan Merah! ;)















Lebih kurang jam 4 petang, setelah diadakan majlis penutup secara ringkas, tamatlah program ini.

Antara input yang dapat diambil ialah:

1)Ukhuwah

- program ini telah merapatkan lagi ukhuwah dan persahabatan antara saya dan sahabat baik saya, Norma.. Dan inilah saat-saat manis bersamnya sepanjang berada di Ukm yang tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.. I love u so much, my dear.. ;)

-lebih mengenali dengan teman blok, Nisa dan Mus. Dulu tak rapat sangat, melalui program ini, ianya telah menimbulkan rasa sayang saya pada mereka..tak ubah seperti adik beradik sendiri..susah senang, kami sentiasa bersama... ;)

-semestinya, dapat mengenali dengan lebih dekat antara ahli-ahli Permanis, esp sahabat baru dari Ukm Kl, esp Tuo! Saaaaaaaaaaangat mesra~

2) Enjoy~

Sejujurnya, saya berpuas hati dengan program yang dianjurkan. Sedikit pon tidak ada tekanan di hati, kerana semuanya enjoy! Makanan plak, semua best2, kenyang sangat..em, Exco2 plak semua sporting..esp Eyjaz!! Honestly, saya sukakan cara beliau menjalankan setiap program dibawahnya. Rileks n sangat mengumbirakan! X tensen!! Saaayang Eyjaz~~~ =)

3) Pengalaman baru

Yang ni paling berkesan. Dapat buat rakit, menyayuh rakit. Sweetttttttttt memory! Nak ngayuh lagiiiiii...heheheh~

Alhamdulillah, walaupun ini adalah program pertama dan mungkin yang terakhir yang yang saya sertai, POMANIH TOTAP DI HATI!!! ;)














Wednesday, December 23, 2009

Kelebihan puasa sunat - 10 Muharam



Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan Muharam sebagaimana sabdanya,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah - Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[1]

An Nawawi -rahimahullah- menjelaskan, “Hadits ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharram.”[2]

Lalu mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diketahui banyak berpuasa di bulan Sya’ban bukan malah bulan Muharram? Ada dua jawapan yang dikemukakan oleh An Nawawi.

Pertama: Mungkin Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam baru mengetahui keutamaan banyak berpuasa di bulan Muharram di akhir hayat hidup Baginda.

Kedua: Boleh jadi pula baginda memiliki uzur ketika berada di bulan Muharram (seperti bersafar atau sakit) sehingga tidak sempat menunaikan banyak puasa pada bulan Muharram.[3]

Ibnu Rajab Al Hanbali mengatakan, “Puasa yang paling utama di antara bulan-bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharram, Rajab) adalah puasa di bulan Muharram (syahrullah).”[4]

Sesuai dengan penjelasan Ibnu Rajab, puasa sunnah (tathowwu’) ada dua jenis:

1. Puasa sunnah mutlak. Sebaik-baik puasa sunnah mutlak adalah puasa di bulan Muharram.
2. Puasa sunnah sebelum dan sesudah yang mengiringi puasa wajib di bulan Ramadhan. Ini bukan dinamakan puasa sunnah mutlak. Contoh puasa ini adalah puasa enam hari di bulan Syawal.[5]

Di antara sahabat yang gemar melakukan puasa pada bulan-bulan haram (termasuk bulan haram adalah Muharram) iaitu ‘Umar, Aisyah dan Abu Talhah. Bahkan Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Bashri gemar melakukan puasa pada setiap bulan haram.[6] Bulan haram adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab.

Puasa yang Utama di Bulan Muharram adalah Puasa ‘Asyura

Daripada hari-hari yang sebulan itu, puasa yang paling ditekankan untuk dilakukan adalah puasa pada hari ’Asyura’ iaitu pada tanggal 10 Muharram[7]. Berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu. Abu Qatadah Al Ansori berkata,

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». قَالَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[8]

An Nawawi -rahimahullah- mengatakan, “Para ulama sepakat, hukum melaksanakan puasa ‘Asyura untuk saat ini (setelah diwajibkannya puasa Ramadhan, -pen) adalah sunnah dan bukan wajib.”[9]

Sejarah Pelaksanaan Puasa ‘Asyura[10]

Tahap pertama: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa ‘Asyura di Makkah dan Baginda tidak memrintahkan sahabat yang lain untuk melakukannya.

Dari ’Aisyah -radhiallahu ’anha-, Baginda berkata,

كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُهُ ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

”Di zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah, Baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, Baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu Baginda mengatakan:) Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa).”[11]

Tahap kedua: Ketika tiba di Madinah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat Ahlul Kitab melakukan puasa ‘Asyura dan memuliakan hari tersebut. Lalu Baginda pun ikut berpuasa ketika itu. Kemudian ketika itu, Baginda memerintahkan pada para sahabat untuk ikut berpuasa. Melakukan puasa ‘Asyura ketika itu semakin ditekankan perintahnya. Sampai-sampai para sahabat memerintah anak-anak kecil untuk turut berpuasa.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma, Baginda berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.

“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, dan Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam untuk bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini”. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.”[12]

Apakah ini bererti Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam meniru-niru (tasyabbuh dengan) Yahudi?

An Nawawi –rahimahullah- menjelaskan, ”Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam biasa melakukan puasa ’Asyura di Makkah sebagaimana dilakukan pula oleh orang-orang Quraisy. Kemudian Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam tiba di Madinah dan menemui orang Yahudi melakukan puasa ‘Asyura, lalu Baginda shallallahu ’alaihi wa sallam pun ikut melakukannya. Namun Baginda melakukan puasa ini berdasarkan wahyu, berita mutawatir (dari jalur yang sangat banyak), atau daripada ijtihad Baginda, dan bukan semata-mata berita salah seorang dari mereka (orang Yahudi). Wallahu a’lam.”[13]

Para ulama berselisih pendapat apakah puasa ‘Asyura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan dihukumi wajib ataukah sunnah mu’akkad? Di sini terdapat dua pendapat:

Pendapat pertama: Sebelum diwajibkan puasa Ramadhan, pada masa Tahap kedua, puasa ‘Asyura dihukumi wajib. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Abu Bakr Al Atsram.

Pendapat kedua: Pada masa Tahap kedua ini, puasa ‘Asyura dihukumi sunnah mu’akkad. Ini adalah pendapat Imam Asy Syafi’i dan kebanyakan dari ulama Hanbali.[14]

Namun yang jelas setelah datang puasa Ramadhan, puasa ‘Asyura tidaklah diwajibkan lagi dan dinilai sunnah. Hal ini telah menjadi kesepakatan para ulama sebagaimana disebutkan oleh An Nawawi -rahimahullah-.[15]

Tahap ketiga: Ketika diwajibkannya puasa Ramadhan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan para sahabat untuk berpuasa ‘Asyura dan tidak terlalu menekankannya. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan bahawa siapa yang ingin berpuasa, silakan dan siapa yang tidak ingin berpuasa, silakan. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh ’Aisyah radhiallahu ’anha dalam hadits yang telah lalu dan dikatakan pula oleh Ibnu ’Umar. Ibnu ’Umar -radhiallahu ’anhuma- mengatakan,

أَنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ كَانُوا يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَامَهُ وَالْمُسْلِمُونَ قَبْلَ أَنْ يُفْتَرَضَ رَمَضَانُ فَلَمَّا افْتُرِضَ رَمَضَانُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ عَاشُورَاءَ يَوْمٌ مِنْ أَيَّامِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ.

“Sesungguhnya orang-orang Jahiliah biasa melakukan puasa pada hari ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pun melakukan puasa tersebut sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, begitu pula kaum muslimin saat itu. Tatkala Ramadhan diwajibkan, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan: Sesungguhnya hari Asyura adalah hari di antara hari-hari Allah. Barangsiapa yang ingin berpuasa, silakan berpuasa. Barangsiapa meninggalkannya juga silakan.”[16]

Ibnu Rajab -rahimahullah- mengatakan, “Setiap hadits yang serupa dengan ini menunjukkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan lagi untuk melakukan puasa ‘Asyura setelah diwajibkannya puasa Ramadhan. Akan tetapi, Baginda meninggalkan hal ini tanpa melarang jika ada yang masih tetap melaksanakannya. Jika puasa ‘Asyura sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan dikatakan wajib, maka selanjutnya apakah jika hukum wajib di sini dihapuskan (dinaskh) akan bertukar menjadi mustahab (disunnahkan)? Hal ini terdapat perselisihan di antara para ulama.

Begitu pula jika hukum puasa ‘Asyura sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan adalah sunnah muakkad, maka ada ulama yang mengatakan bahawa hukum puasa Asyura beralih menjadi sunnah saja tanpa muakkad (ditekankan). Oleh kerana itu, Qais bin Sa’ad mengatakan, “Kami masih tetap melakukannya.”[17]

Isi pentingnysa, puasa ‘Asyura setelah diwajibkannya puasa Ramadhan masih tetap dianjurkan (disunnahkan).

Tahap keempat: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertekad di akhir umurnya untuk melaksanakan puasa Asyura tidak bersendirian, namun disertakan dengan puasa pada hari lainnya. Tujuannya adalah untuk menyelisihi puasa Asyura yang dilakukan oleh Ahlul Kitab.

Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى.

“Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan,

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ - إِنْ شَاءَ اللَّهُ - صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,

فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.

“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”[18]

Puasa 9 Muharram

Sebagaimana dijelaskan di atas (pada hadits Ibnu Abbas) bahawa di akhir umurnya, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bertekad untuk menambah puasa pada hari kesembilan Muharram untuk menyelisihi Ahlu Kitab. Namun Baginda sudah meninggal sehingga Baginda tidak sempat melakukan puasa pada hari itu.

Lalu bagaimana hukum puasa pada hari kesembilan Muharram? Berikut kami bawakan penjelasan An Nawawi rahimahullah.

Imam Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyyah, Imam Ahmad, Ishaq dan selainnya mengatakan bahawa dianjurkan (disunnahkan) berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh sekaligus; kerana Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat (berkeinginan) berpuasa juga pada hari kesembilan.

Apa hikmah Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam menambah puasa pada hari kesembilan? An Nawawi rahimahullah melanjutkan penjelasannya.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa sebab Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bepuasa pada hari kesepuluh sekaligus kesembilan agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja. Dalam hadits Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini. Ada juga yang mengatakan bahawa hal ini untuk berhati-hati, siapa tahu salah dalam penentuan hari ’Asyura’ (tanggal 10 Muharram). Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah pendapat yang lebih kuat. Wallahu a’lam.[19]

Ibnu Rajab mengatakan, ”Di antara ulama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram sekaligus adalah Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad, dan Ishaq. Adapun Imam Abu Hanifah menganggap makruh jika seseorang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja.”[20]

Yang penting, kita lebih baik berpuasa dua hari sekaligus iaitu pada tanggal 9 dan 10 Muharram. Ini kerana di dalam melakukan puasa ‘Asyura ada dua tingkatan iaitu:

1. Tingkatan yang lebih sempurna adalah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sekaligus.
2. Tingkatan di bawahnya adalah berpuasa pada 10 Muharram saja.[21]

Puasa 9, 10, dan 11 Muharram

Sebahagian ulama berpendapat tentang dianjurkannya berpuasa pada hari ke-9, 10, dan 11 Muharram. Inilah yang dianggap sebagai tingkatan lain dalam melakukan puasa Asyura[22]. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْماً أَوْ بَعْدَهُ يَوْماً

“Puasalah pada hari ’Asyura’ (10 Muharram, pen) dan selisilah Yahudi. Puasalah pada hari sebelumnya atau hari sesudahnya.”

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu ’Adi, Al Baihaqiy, Al Bazzar, Ath Thohawi dan Al Hamidi, namun sanadnya dhaif (lemah). Di dalam sanad tersebut terdapat Ibnu Abi Laila -yang nama aslinya Muhammad bin Abdur Rahman-, hafalannya dinilai buruk. Juga terdapat Daud bin ’Ali. Dia tidak dikatakan thiqah kecuali oleh Ibnu Hibban. Baginda berkata, ”Daud kadang-kala yukhti’ (keliru).” Adz Dzahabi mengatakan bahawa hadits ini tidak boleh dijadikan hujjah (dalil).

Namun, terdapat hadits yang diriwayatkan oleh Abdur Rozaq, Ath Thohawiy dalam Ma’anil Atsar, dan juga Al Baihaqi, dari jalan Ibnu Juraij dari ’Atho’ dari Ibnu Abbas. Baginda radhiallahu ’anhuma berkata,

خَالِفُوْا اليَهُوْدَ وَصُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالعَاشِرَ

“Selisilah Yahudi. Puasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram.” Sanad hadits ini adalah sahih, namun diriwayatkan secara mauquf (hanya dinilai sebagai perkataan sahabat). [23]

Catatan: Jika ragu-ragu di dalam penentuan awal Muharram, maka boleh ditambahkan dengan berpuasa pada tanggal 11 Muharram.

Imam Ahmad -rahimahullah- mengatakan, ”Jika ragu-ragu mengenai penentuan awal Muharram, maka boleh berpuasa pada tiga hari (hari 9, 10, dan 11 Muharram, pen) untuk berhati-hati.”[24]


Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel http://rumaysho.com


Nota kaki:


[1] HR. Muslim no. 1163, daripada Abu Hurairah.

[2] Lihat Al Minhaj Syarh Shahih Muslim Ibnu Al Hajjaj, An Nawawi, 8/55, Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua, 1392.

[3] Idem.

[4] LathoifAl Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hanbali, hal. 67, Al Maktab Al Islami, cetakan pertama, tahun 1428 H.

[5] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 66.

[6] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 71.

[7] Inilah yang dimaksud dengan ‘Asyura iaitu tanggal 10 Muharram. Yang memiliki pendapat berbeza adalah Ibnu ‘Abbas yang menganggap ‘Asyura adalah tanggal 9 Muharrram. Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.

[8] HR. Muslim no. 1162.

[9] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.

[10] Diolah daripada penjelasan Ibnu Rajab Al Hanbali dalam LathoifAl Ma’arif, hal. 92-98.

[11] HR. Al-Bukhari no. 2002 dan Muslim no. 1125

[12] HR. Muslim no. 1130

[13] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/11.

[14] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 94.

[15] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.

[16] HR. Muslim no. 1126.

[17] LathoifAl Ma’arif, hal. 96.

[18] HR. Muslim no. 1134.

[19] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/12-13.

[20] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.

[21] Lihat Tajridul Ittiba’, Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaili, hal. 128, Dar Al Imam Ahmad, cetakan pertama, tahun 1428 H.

[22] Sebagaimana pendapat Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad.

[23] Dinukil daripada catatan kaki dalam kitab Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, 2/60, terbitan Darul Fikr yang ditahqiq oleh Syaikh Abdul Qadir Arfan.

[24] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.

[25] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 72.

: Marilah sahabat-sahabatku, kita sama-sama berpuasa pada hari tersebut..kita tidak mengetahui bilakah tibanya ajal kita? dan adakah tahun ini adalah tahun yang terakhir buat kita? Semoga Allah mudahkan kita untuk berpuasa pada hari tersebut, insyaAllah.. Segala puji bagi Allah, tuhan pencipta alam..

20 petua Murah Rezeki~



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa


Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah (SWT)



Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa


Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah


Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain


Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat


Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak


Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi


Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim


Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk


Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT)
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
Walid)

13.Bersedekah


Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)


Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Melazimi solat Dhuha


Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)


Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) .
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa


Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya


Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,
hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal


Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan
(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-
Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-
amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT)
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.