Ahh..lama sungguh
saya tidak berblog. Sungguh, jari-jemari saya terlalu rindu untuk
‘berkarya’seperti dulu, 2 taun yang lalu ketika berada di kampus perbukitan
itu. Dan kini, saya kembali! Kembali dengan ‘perwatakan’ baru.. kembali dengan
1000 kenangan pahit dan manis utk dikongsi..
Alhamdulillah,
setelah 3 tahun menuntut ilmu di kampus.. kini saya telah dipertanggungjawbkan
Tuhan memikul tugas yang sangat berat.. Tika ini, saya masih tidak percaya yang
saya sudah pun menjadi seorang pendidik.. layakkah saya? Saya cuba merenung
dalam-dalam.. kerana saya tahu, amanah ini terlalu berat untuk dipikul, walau
ianya kelihatan ringan di mata masyarakat.. Hakikatnya, ianya memerlukan
kesabaran yang luarbiasa Alhamdulillah saya panjatkan pada Tuhan sekelian alam,
yang mengurniakan kepada saya ‘tugasan’ ini.. Moga amanah ini mampu dipikul
dengan sedikit kekuatan dariNya.. amiinn..
Untuk mendidik
seseorang itu bukanlah suatu yang mudah. Kerna saya tahu, saya tidak dapat
mendidik mereka dengan baik, sekiranya diri saya sendiri tidak terdidik dengan
baik.. Ya, saya kini diuji.. diuji, diuji dan terus diuji olehNya.. walau saya
sedari, kadang-kadang saya rasa x mampu untuk ditanggung.. terlalu berat..
kenapa saya sentiasa diuji dengan masalah yang sama? Adakah kerana saya masih
tidak ‘lulus’ dengan ujian yang dulu? Ya Allah.. beratnya untuk dipikul..
sesungguhnya aku terlalu lemah utk diuji dengan ujian ini.. tapi sebagai
hambaMu, aku redha.. dan aku pasti, setiap yg ujian yang kau anugerahkan, pasti
hadir 1000 hikmah disebaliknya.. ya Allah, sekiranya ini adalah jalan terbaik
di mataMu, aku sanggup berkorban utk itu.. berkorban utk diriku.. agar menjadi
insane yang lebih sempurna dimataMu.. Kurniakanlah aku sifat redha-meredhai
dalam setiap cubaanMu, Moga ujian ini membuatkan aku lebih kuat, lebih kuat utk
mengharungi sisa-sisa kehidupanku.. yang tidak pernah dihargai..
26 April 2011
11 a.m