Dah abis rehearsal, terus balik bilik, makan! Lapar..sharian x jamah makanan. Sambil2 duk rilekkan diri, kipaskan2 badan dengan kertas, tiba-tiba klik!!!! Bunyi bising satu blok..hehe. Alhamdulillah, dah ade api balik!! Riangnya time tu…syukur ya Allah atas nikmat ini. Baru aku sedari, betapa nikmatnya anugerahmu ini, yang selama ini tidak pernah aku mensyukurinya…uhh…lega sungguh time tu…Tapi, tiba-tiba terjenak di fikiran. Alamak, bzbyte jd jugak ke malam ni?aduhh…saya agak majlis tu tak sempat diakankan tau…tu agak nervous jugak lepas ada api ni balik…ye la, rehearsal tu pom buat alakadar jee…so, lepas ada api tu memang kalut. Baju x iron lg, pkul 8 dah kene turun foyer. Pastu ada lg tak handle kat foyer tu. Pukul 8.30 dah mula mjlis..ahh…tensennyer! saya
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya. Dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Syafiq, seterusnya ucapan dari pengetua dan ketua pengarah program. Majlis dihiburkan lagi dengan gimik menarik oleh sebuah robot yang tiba-tiba keluar dari langsir, berjalan ke arah pengetua, sambil membawa replika komputer, untuk ditandatangai pengetua di ‘skrin’ komputer tersebut, sebagai gimik perasmian malam itu, dan mendapat tepukan gemuruh dari penonton! Fansuri, anda memang berbakat menjadi robot!hehe..comei sangat taw dik…:) kepada Din, syukran atas kerjasama yang diberikan. Rasanya kalo tak dek ‘payung terjun’ dari hang memang tak mantop majlis malam tu noo…thanx ya! :)
Tepat jam 11 malam, berakhirlah majlis penutup BCI pada malam itu. Alhamdulillah, syukur ya Allah, kerana Kau telah memudahkan urusan ini. Walau agak memenatkan, ia mengajar diriku erti sabar, tabah dan berjiwa kental.. Benarlah, kemanisan dapat dirasi, jika segala-gala yang dilakukan, adalah keranaNya…tknz God… :) Sebagai ketua pengarah protokol BCI 2009, saya mewakili bahagian protokol memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tindakan yang mengguris hati mana-mana pihak sepanjang program ini berlangsung. Kepada ketua penyelaras protokol, Haryanti, tahniah kerana kamu dapat menjalankan tugas kamu dengan baik walaupun situasi kamu ketika itu amat mem’bz’kan kamu dengan program-program besar yang lain. Syukran jugak buat anak-anak buah akak yang lain, Syazwanie, Mahfuzah, Diana, Jamaiyyah dan Zam. Moga pengalaman ini menjadi kenangan terindah buat kita dan moga ukhuwah antara kita berkekalan hingga akhirya, di bawah payung rahmat kasih sayangNya…jumpa lagi! :)
Sayang Allah slalu,
~ummuhirrah~
0 comments:
Post a Comment