25 Julai 2009
Hari ini sangat memenatkan. Terlalu banyak program yang dijalankan, kebetulan pada minggu yang sama. Petang itu, saya diajak oleh sahabat se’Perdana’ saya, cik Finie untuk ke satu program anak-anak Kelantan yang diadakan di Presint 18, Putrajaya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja batalkan sahaja niat saya ke
bersama Finie tersayang~
26 Julai 2009
Hanya kerana sebuah kitab~
Pagi itu saya perlu menyiapkan diri lebih awal. Seperti yang dirancangkan, saya bersama sahabat sekuliah saya, Farhana, untuk ‘turun’ ke UIA, bagi mencari sesuatu yang sukar untuk dijumpai. Ya, hanya kerana sebuah ‘kitab’, saya terpaksa ‘merantau’ ke hujung dunia. Pada sem ini, saya perlu mengkaji sebuah kitab hadis dari Perawi Hadis terkenal, Imam Al-Tirmidhi. Setelah mencari di setiap sudut PTSL (ukm library), tidak juga saya temui kitab asalnya, yang ada hanya kitab syarahnya. Saya
"Kamu ada jumpa kitab asal Imam Tirmidhi tu, Mariam?" Ustaz Aqil menyoalku, ingin mendapat kepastian.
"Belum ustaz, susah betul nak cari kitab tu, saya dah cari di Ptsl, tapi yang ada hanya kitab syarahnya sahaja.." saya menjawab dengan nada yang agak kecewa, setelah sedaya-upaya berusaha mencari kitab itu.
"Ustaz paham, kitab Imam Tirmidhi ni memang susah nak cari, yang tahqiq pun susah nak jumpa, apatah lagi kitab asalnya. Kamu dah
"Belum lagi ustaz, " jawab saya ringkas.
"Kamu
"InsyaAllah ustaz, kalau tiada aral, hujung minggu ni juga saya akan turun ke
Begitulah kisahnya, mengapa saya terpaksa ‘merantau’ jauh ke bumi ini. Arhhh…amat jauh tempatnya…Tetapi, disebabkan ianya adalah satu tugas, amanah dan tanggujawab yang mesti di jalankan oleh seorang pelajar, saya
Seperti yang dirancang, saya dan Farhana bertolak dari kolej tepat jam 8.30 pagi.
"Kak ct tahu ke jalan nak pergi Uia ni?" Fana
"InsyaAllah, tapi kak ct pernah pergi sekali je, tu pun masa first year, harap-harap masih ingat lagi. Kita sama-sama doakan ya…moga Allah permudahkan perjalanan kita…" aku
Tersesat Di Lrt
Kerisauan di hati saya hampir menjadi kenyataan. Ketika dalam perjalanan ke Gombak dengan menaiki Lrt, rupa-rupanya kami tersalah platform menuju ke
Alhamdulillah, tepat jam 11.45 pagi, kami selamat tiba di Uia. Erm, agak lama juga saya tidak berkunjung ke taman ilmu ini. Dulu, selalu juga lepak-lepak kat bilik kak Ngah saya di Mahallah Maryam. Sejak dia berumahtangga, saya sudah jarang ke sini, kali terakhir pun, ketika Majlis Konvokesyen abang ipar saya..setahun yang lalu…
Setelah dihantar oleh sebuah teksi yang sangat ramah pemandunya, ( siap kasi petua kepada kawan saya yang tengah demam waktu itu), saya menunggu sahabat saya, yang juga pelajar di sini, untuk memudahkan perjalanan kami di sini. Maklumlah, uia ni besar. Sebelum tersesat, baik tanya dulu..huhu. Sambil menantinya di bus stop, sempat juga saya menghayati ketenangan di sini. Sungguh tenang dan nyaman sekali. Kampus ini masih tidak berubah. Tersergam indah dengan bangganya. Suasana yang sungguh islamic ini membuatkan saya tenang berada di sini. Bukanlah niat di hati ingin membandingkan dengan kampus sendiri, hakikatnya, suasana di sini sangat ‘menyejukkan hati’. Mungkin ketenangan yang sedang saya nikmati ini, hasil di bawah naungan ‘kerajaan’ Islam di kampus ini…Subhanallah…
Setelah menunggu hampir 15 minit, muncullah kelibat sahabat saya itu. Lama juga saya tidak ketemunya. Kali terakhir pun ketika kehadirannya ke majlis perkahwinan kakak sulung saya, tahun lalu. Em, maintain cute sahabat saya ni ya..walaupun umurnya sedang dimakan usia.. :D Sebelum kami menuju ke library, kami di bawa ke kedai makan untuk mengisi perut yang masih kosong ini. Syukur Alhamdulillah, siap dibelanja lagi oleh sahabat saya itu. Begitu pemurah hambaMu ini ya Allah…Moga Allah memberkati hidupmu, dan meluaskan lagi rezeki untukmu temanku.... :)
Menuju Ke Library
Setelah selesai menjamah makanan tengahari, kami terus di bawa oleh sahabat saya itu ke library. Alhamdulillah, bilangan pelajar tidak seramai yang saya jangkakan. Tidak seperti di library di Ukm, sampai sahaja hari minggu, akan dipenuhi dengan pelajar luar dan dalam kampus. Terlalu ramai. Berbeza di sini, saya lihat golongan foreigner lebih ‘menguasai’ tempat ini di kala hujung minggu begini. Mungkin pelajar tempatan lebih suka berehat di kala hujung minggu begini... =) Tanpa membuang masa, saya terus menuju ke ruangan kitab-kitab hadis. Saya dan teman mula mencari kitab yang ingin dikaji, agak sukar juga kerana kitab di sini terlalu banyak. Subhanallah…saya kini seolah-olah berada di syurga Kitab Hadis. Amat menyeronokkan. Berbeza seperti di Ukm, di dalam satu rak, akan di susun pelbagai perawi kitab yang berbeza, tetapi di sini, dibahagikan di setiap rak, seorang perawi sahaja, dan ianya memudahkan untuk proses mencari kitab-kitab. Semua jenis kitab hadis dapat dimiiki di sini, dari kitab asalnya, (hanya tuhan sahaja yang tahu betapa besarnya kitab ini), yang tahqiq, juga syarahnya. Tersangat banyak. Rasa tanak balik pun ada. Hehe. Patutla ramai ustaz saya mengesyorkan supaya mencari kitab-kitab hadis di sini...akhirnya saya temui kebenarannya… =)
Disebabkan sahabat saya tadi ada urusan yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa meninggalkan kami, sebelum sempat meninggalkan kad matriknya untuk memudahkan urusan pinjaman buku kami..alhamdulilla…syukur ya Allah…kerana masih ada hambaMu yang ingin membantu...Mungkin disebabkan masih dalam kesamaran dalam library ini, tidak tahu menggunakan pinjaman ( takut kantoi dengan staff sbb guna kad orang), tidak tahu tempat Photostat (ada, tapi tutup pulak dah…)..membuatkan saya sedikit ‘terganggu’. Nasib baiklah, ada dua student di sini yang
Setelah selesai proses peminjaman, saya masih tidak dapat photostat kitab “Harrypotter’ ni...masa dah terlalu singkat, hanya tinggal 20 minit sahaja library ini untuk ditutup. Saya
Alhamdulillah, setelah singgah sebentar di Masjid Uia untuk solat asar, kami terus bertolak ke Putra dengan menaiki teksi. Kepada 2 orang sahabat saya itu, tiada ungkapan lain yang dapat diungkapkan, selain syukran jazilan kathiran..yang tidak terhingga kepada kalian. Pengorbanan kalian sangat di hargai, dan insyaAllah, buku tersebut akan dihantar sebelum tiba masanya nanti… J . Buat ‘kawan baru’ ( Su dan Ju) juga, terima kasih kerana sudi membantu kami..insyaAllah..ada jodoh, kita bertemu lagi ya… =)
Tepat jam 6 petang, kami meninggalkan taman ilmu ini dengan hati yang gembira dan puas. Bersama kitab ini juga kami selami ‘benua’
0 comments:
Post a Comment