BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 20, 2009

Alhamdulillah...

Sudah lama rasanya tidak membuka pintu diari hidupku. Kali terakhir pun ketika sibuk mengejar ilmu di bumi Maahad ketika dulu. Sejak melangkah ke arena kampus yang mencabar ini, hidup saya seolah-olah di’kejut’kan dengan persekitaran kampus yang amat menyedihkan . Kadang-kala membuatkan saya bingung. Bingung dalam seribu bahasa. Ya…saya alami kejutan budaya yang amat teruk. Dulu, ketika di maahad saya tidak pernah merasainya. Kalau adapun mungkin tidak seteruk ini rasanya. Menyambung pengajian di Kisas menjadikan hidup saya lebih matang. Mungkin bi’ah di sana mendidik saya erti sebenar kehidupan seorang insan, jua tugasan seorang hamba terhadap penciptaNya...Ahhh...betapa rindunya saat ketika itu...sungguh, aku rindu...di bumi waqafan tercinta, destinasi suci, wujudnya bibit-bibit cinta..antara aku dan Dia...Allahu rabbi...Tetapi di sini, saya hampir tergoda dengan dunia ‘mereka’, dengan pakaiannya, tingkahlakunya, percakapannya… wanuzubillah, moga Allah kuatkan iman dan jauhkan saya dengan semua itu…dan dapat terus istiqamah seperti bi’ah di Kisas dulu…insyaAllah…

Blog sahabat-sahabat yang ‘indah’ dipenuhi dengan kata-kata bernas, disulami dengan dakwah yang mantap, membuatkan saya tertarik untuk cuba 'mencipta' halaman sendiri. Walau begitu cetek rasanya ilmu yang ada pada diri ini dibandingkan dengan sahabat-sahabat di luar sana, saya cuba gagahkan diri, untuk belajar dari teman2 agar dapat membuka blog ini…alhamdulillah.. dengan izinNya, akhirnya saya dapat men'cipta'nya...mungkin ia tidak semantap teman-teman, moga blog ini turut diberi ruang sebagai salah satu pintu dakwah menuju ke jalan yang diredhaiNya...insyaAllah...

Tiada kata-kata indah yang dapat diungkapkan selain syukurku padaNya..alhamdulillah, sehingga saat ini, saya masih lagi dapat bernafas di bumiNya.. Dengan masih dikurniakan nikmat iman dan Islam, hanya sujud syukur yang mampu saya lakukan, bukti syukurku, pada-Nya…Di saat ini, dalam menikmati cuti hujung minggu yang sangat-sangat saya nantikan, saya cuba luangkan sedikit 'ruang' untuk badan menikmati kerehatan. Mungkin terlalu sibuk dengan program di kolej adakalanya membuatkan saya agak tertekan . Tertekan dengan tugas-tugas yang agak berat yang diamanahkan kepada saya. Sungguh, saya tak dapat kuatkan diri sedikit pun tanpa kekuatan dari Allah... Kadang-kala saya terpaksa korbankan masa tidur, bergurau –senda bersama teman-teman, demi menyiapkan tugasan yang diberikan. Berbaloikah? Ya, jika ianya dilakukan kerana Allah…Benar, walau sepenat mana pun apa yang kita lakukan, jika terlintasnya dihati keranaNya, pasti kemanisan bakal dirasai nanti..insyaAllah. Tetapi, sesibuk mana pun keadaanku, masih adakah masa lagi untuk Allah? Atau…hanya jika diturunkan ujian baru mula lelah mencariNya? Betapa lemahnya manusia. Hanya mencariNya ketika memerlukan. Dan ditinggalkan apabila tidak diperlukan. Ya Allah, jauhkanlah diriku dari maksiat, samada ianya secara zahir atau sebaliknya dimataMu..kurniakanlah kemanisan cintaMu…yang amat-amat aku dambakan..walau pernah kucurangi cintaMu, percayalah tuhan, dari saat ini, hingga ke hujung pernafasanku, hanya cintaMu yang berdenyut-denyut di sepanjang urat sarafku...hingga akhirnya…

Pengemis cinta ILAHI,
ummu hirrah~