BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 20, 2009

Tahniah kakakandaku! ^_^


Pada 12 Oktober yang lalu, aku masih lagi berkesempatan ke taman gedung ilmu, Uiam Gombak untuk kali ke tiganya pada sem ini. Kali ini bukan untuk meminjam buku di library di sana, tetapi ianya adalah detik-detik bersejarah buat kakakku yang telah berjaya menamatkan ijazahnya (Arabic Language and Literature). Alhamdulillah..

Pada hari bersejarah itu, kakakku turut ditemani oleh suami tersayang yang setia di sisi, yang baru sahaja menamatkan ijazahnya pada konvo yang lepas, juga dalam bidang yang sama. Sedih, kecewa, pilu mula membelengu diri apabila jantung hati kami, ummi, tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang bermakna itu, dek kerana terpaksa menjaga Kak Long yang masih dalam tempoh pantangnya. Tidak dapat dinafikan, aku juga akan berperasaan sebegitu, kerana ummi adalah segala-galanya bagi kami. Terlalu banyak pengorbanan yang diberikan, hanya mahu melihat anaknya menjadi insan yang berguna. Pada saat ini, hanya sekalung ijazah inilah yang mampu membuktikan bahawa anakmu berjaya dengan hasil didikanmu..terima kasih ummi.. =) Walaupun tanpa kehadiran ummi, kemeriahan pada saat itu masih dirasai kehangatannya dengan dihadiri oleh abah tersayang, abang iparku (suami kakak) mertua serta adik ipar kakakku... =)

Usai sahaja majlis pada pagi tersebut, kami sempat bergambar kenangan bersama family, siap buat temu janji ngan photographer profesional lagi! =) Abe Le, yang juga saudara kami yang jauh datangnya dari Bangi. Credit to Abe Le! Nanti, tunggu giliran konvo Yang plak ye.. ^_^








Petang itu juga, aku terus pulang ke kampus, disebabkan keesokannya masih ada kelas menanti. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, walau kepenatan membelengu diri! Tahniah buat kakakku! Moga mampu menjadi graduan yang berkualiti, beriman dan beramal! Barakallahufik... =)