BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

Rintihan Ramadhan


Ya ALLAH…

Tuhan, telah sering ku terdengar
Tentang kebesaran bulan Ramadhan
Di dalam al-Quran dan Sabda junjungan
Hanya aku yg sering melupakanya…

Di bulan yang mulia ini
Laut pengampunanmu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya….

Tuhan kusedari kelemahan diri ini
Yang tidak istiqamah dalam beribadah
Ramadhan berlalu ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian...

Semoga di Ramadhan kali ini
Dapat ku perbaiki kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku
Agar subur kehambaanku terhadapMu….

Lailatul Qadar pasti menjelma
Buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua...

Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan nikmat dan ketaqwaanku
Agar baktiku tetap padaMu
Biarpun Ramadhan telah berlalu...



Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita berusaha mendapatkan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t, kerana sesungguhnya kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak mendapatkan rahmat Allah pada bulan yang penuh dengan rahmat ini…

Marhaban Ya Ramadhan, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah, bulan yang menghapuskan dosa dan mengabulkan doa bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya…

Moga kita dapat merasai kebahagiaan bersama Allah dalam setiap amal ibadah, sehingga kita memperoleh keampunan, berkah dan rahmat dari Allah SWT...

Ya Allah, Engkaulah tujuan kami dan KeridhaanMulah dambaan kami…

~ummuhirrah~

Wednesday, August 19, 2009

Termetrai janji

Salam muhibbah…

Alhamdulillah, pada ahad yang lalu saya berkesempatan lagi meluangkan masa untuk turun ke Uia bagi mengembalikan kitab hadis yang telah dipinjam dua minggu yang lalu. Seperti biasa, saya ke sana bersama sahabat sekuliah saya, Farhana. Alhamdulillah, perjalanan kami ke sana berjalan dengan lancar tanpa kesesatan lagi.. ^_^ Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya…right? =)

Setelah mengembalikan buku tersebut kepada sahabat saya yang telah meminjamkan kepada saya, kami mengambil sedikit masa untuk mencari bahan untuk assigement yang lain. Alhamdulillah, setelah mencari, saya telah menemui buku yang saya mahukan itu.. ‘Jaringan Islam Liberal’. Tapi, disebabkan susah dah nak pinjam, terpaksa photostat lagi..huhu~ banyak juga tu…tp x pe lah, bukan senang nak jumpa nih..syukur alhamdulillah… =)

Em, setelah selesai mencari bahan asgment, kami singgah ke masjid untuk menunaikan solat asar. Sebelum pulang, saya dan teman sempat posing dulu, ye lah, nak ambil juga kenangan di sini, maklumlah, tempatnya cantik, tatau bila lagi boleh datang sini…so, ape lg, posing sakan la kami petang itu…




aceli nak amek pic balakang tuh...x nampak sgt plak..huhu~


dalam Lrt..sempat agi tuhh...hehe~

syukran sekali lagi kepada sahabat saya yang memberi keizinan kepada kami untuk meminjamkan buku tersebut...^_^ Jumpa lagi! =)

~ummuhirrah~
19 Ogos 2009

Tuesday, August 18, 2009

Epilog sebuah rindu

bersama adik tersayang, Aida Nadiah~

Pagi itu, ketika telingaku sedang asyik dibuai sebuah lagu dendangan Mawaddah, tiba-tiba kelihatan satu sms di skrin handsetku.

“ Salam, akak free petang ni? cadangnya nak pergi pesta konvo, kalau akak free, boleh kita pergi sama-sama..’ Aida cuba menyoalku ingin mendapat kepastian.

“Salam, boleh aje, tak de masalah, akak free jer petang ni, tapi malam ada hal plak, kalau nak pergi sana kene awal-awal ckit ya..’ aku menyetujuinya.

“Ok, thanks kak ct, saya on the way dah ni.., skarang kat Nilai. Dah sampai sana saya call ya..’ jawab Aida ringkas.

“InsyaAllah.." saya membalas mesejnya.

Seperti yang telah dijanjikan, aku menyuruhnya menantiku di Pusanika, pusat bangunan di kampusku ini. Bimbang tersesat ke kolej lain. Maklumlah, jalan di Ukm banyak cabangnya, aku sendiri mengambil masa hampir-hampir dua bulan untuk mengetahui selok-belok jalan di sini.

Dari jauh, kulihat seorang muslimah berbaju kurung, ayu wajahnya, seindah namanya...Aida Nadiah Abdullah. Di sampingnya juga kelihatan seorang kanak-kanak yang sungguh comel, bertudung litup menutup aurat, senyum-senyum malu paduku, Icah, adik bongsunya. Subhanallah…,sejuknya hatiku melihat anak sekecil ini, sudah dididik dengan tarbiah yang mantap..alhamdulillah. Terdetik di hatiku ketika itu, aku juga mahukan anak-anakku nanti seperti ini..berpegang teguh dengan perintah agama…insyaAllah…

Setelah menjamu selera di café kolejku, aku terus membawanya ke bilik, untuk berehat dan solat zuhur, sebelum bertolak ke Pesta Konvo, yang lebih kurang 15 minit perjalanannya dari kolejku. Jam menunujukkan tepat pukul 3 petang. Sungguh panas waktu itu. Bahangnya terasa hingga ke urat sarafku. Tetapi, kepanasan waktu itu sedikit pun tidak menghangatkan aku, malah, ianya lebih mendinginkan jiwaku...hanya kerana termetrainya sebuah rindu...

Setelah menaiki sebuah teksi ke sana, kami mula menjelajahi gerai-gerai di sana. Alhamdulillah, tidak ramai pengunjung di waktu ini. Aku sekadar menemani Aida ke sana, sambil bercerita hal masing-masing. Maklumlah, sudah lama rasanya tidak ketemu gadis ini, jadi aku cuba mengambil peluang sebaik mungkin. Setelah selesai proses 'tawaf-menawaf', Aida hanya membeli baju t-shirt muslimah, dan sehelai tudung untuk adiknya, Icah. Terdetik di hatiku ketika itu, “Bagusnya budak ni, dah tawaf 7 kali, ni je yang dia beli? Bijak sungguh dia menjaga keawangannya…satu sifat yang harus ku contohinya... :) Setelah 2 jam disana, Aida menerima panggilan dari ayahnya supaya menantinya di Midvally. Walapun ketidakpuasan jelas kelihatan di wajahnya, dia terpaksa meninggalkan kami. Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Kalau ikutkan, mahu sahaja mengajaknya tinggal seminggu lagi di sini. Tetapi, apakah daya, masing-masing ada tugasan tersendiri. Jadi, aku harus menghargai saat ini...

Alhamdulillah, setelah menanti kehadiran teksi selama hampir 15 minit, akhirnya dengan bantuanNya, tibalah teksi di perkarangan bus stop. Sebelum dia meninggalkanku, aku sempat memeluknya seerat-eratnya...seerat ukhuwah antara kami…sukar rasanya ingin melepaskan dia pergi, kerana kerinduanku ini masih menebal... Akhirnya, lambaian tangannya mengakhiri pertemuan kami…Aku menghantar kepulangannya dengan seukir senyuman bermakna…yg tulus dari hatiku...hanya untukmu adikku…InsyaAllah, ada peluang, kita jumpa lagi ya!! =)


bersama adiknya, Icah~ =)

Indahnya ukhuwah keranaNya

Aku tidak pernah membayangkan semanis ini ukhuwah antara aku dan dia. Sungguh, aku terlalu menghargai kuniaan dariNya ini. Aku mengenalinya melalui kawanku, juga kakakku. Dulu, aku mengenalinya dengan perwatakan yang sangat berbeza. Seorang yang sangat mencintai seni, berjiwa rockers, juga pandai membawa diri. Kini, aku seolah-olah mengenali seseorang yang berbeza, walapun hakikatnya orang yang sama. Dulu dan kini, berubah segalanya. Pakaiannya, tutur katanya, jiwannya…segala-galanya dia pertaruhkan hanya untukNya. Kini, dia berubah menjadi seorang yang sangat mencintai agama. Betapa beruntungnya aku melihat dia termasuk dikalangan orang-orang pilihanNya. Sungguh, dia termasuk dikalangan orang-orang yang beruntung, beruntung kerana nikmat hidayah dariNya…Kadang-kadang aku terfikir, betapa baiknya Allah, tidak pernah memilih sesiapa pun untuk memberi hidayahNya…tetapi, dengan hanya satu tadahan doa dari hamba yang ikhlas, segala yang mustahil pasti berlaku…

Dia seorang adik yang baik. Jiwanya terlalu lembut, walapun mungkin ada yang sukar untuk mengerti sikapnya. Tetapi aku lebih memahami insan ini. Jiwa yang sentiasa meletakkan Allah di tempat pertama, walau kutahu, betapa sukarnya untuk mengekalkan situasi itu. Kakakku juga turut memujinya. Bukanlah maksudku untuk melebihkan dirinya dari seseorang yang lain, kerana aku tahu, segala pujian tidak selayaknya dipuji..kecuali untukNya.. Tapi, salahkah diriku memuji hamba yang lidahnya sentiasa mengagung-agungkan zatNya? insan yang jiwanya sentiasa mendambakan cintaNya?Benar, dia termasuk di kalangan orang-orang yang beruntung…

Dia seorang yang tabah dalam mengharungi ujian dari tuhannya. Walauku tahu, dirinya tidak setabah Maryam dalam menghadapi ujian dari penciptanya. Buktinya, dia turut diuji, diuji untuk menguji cintanya terhadap penciptanya..di uji secara praktikal, bukan hanya sekadar teori. Benar, ujian inilah yang terlalu berat untuk di tanggung, walau hakikatnya ianya seolah-olah senang untuk dipikul. Hanya mereka yang ‘terpilih’ sahaja mengetahui, betapa berat ujian cinta. Tetapi, ujian itu rahmat. Di sebalik ujian itu terlalu banyak keindahannya. Allah tidak pernah menguji seseorang itu diluar kemampuannya, dan aku berpegang teguh dengan ayat ini..kerana aku yakin,..janji Allah itu PASTI… Betapa baiknya Allah…tidak rela membiarkan hamba pilihanNya terus tersungkur jauh dari rahmatNya..setiap kali mereka berpaling drNya, setiap kali itulah Dia menarik kembali jiwanya..agar bergantung hanya kepadaNya…

Ya Allah, betapa manisnya ukhuwah yang dipinjamkan Engkau kepada kami, sesungguhnya, aku terlalu menghargainya tuhanku...sayangilah dia ya Allah, sebagaimana sayangnya Engkau kepada kekasihMu, Nabi Muhammad s.a.w, para syahidMu, wali-waliMu, pejuang-pejuang agamaMu…Sesungguhnya, aku menyanyanginya hanya berlandaskan atas satu nama cinta, cinta keranaMu….Dialah hamba yang sentiasa mengagung-agungkan cintaMu...Aida Nadiah Abdullah…

~ummuhirrah~
18 Ogos 2009

Thursday, August 13, 2009

Pesta Konvo Ukm ke-37

Pesta konvo kembali lagi! Huhu..pejam celik pejam celik, rupanya dah masuk pesta konvo yang ke 3 sejak aku masuk ukm ni. Cadangnya nak pergi juga malam ni…dengar cite programnya macam best je…tp x bole plak..ada masalah yang tidak dapat dielakkan..so, dengar n lihat je laa dentuman2 bunga api dari bilik..huuuu..sangat cantekk!!! =)

Dah tiba pesta konvo ni, risau juga. Kalau tak dapat control duet poket, licin la jawabnya…so, kene la pandai2. Antara gerai yang menjadi tempat singgahan wajib aku..semestinya..gerai jubah! Huhu..memang x bleh buang tabiat nihh..beli ke x, lain hal..tapi, mesti singgah dlu..hehe..lagi2 jubah kaler hitam..walapun dah banyak sgt dah kaler tu..tp tetap ske jubah hitam…hitam itu menawan right? Hehe. Gerai ke dua plak…tudung! Huhu..tp yang ni tak de la over sgt..sekadar ‘menjamu’ mata je..kalo rasa berkenan baru beli..n yang lain2 tu..hanya sekadar singgah menyinggah jer...

Dan yang masih dinantikan, Malam Simfoni Nurani yang akan berlangsung pada malam esok ( 14 Ogos 2009). Tapi tataw plak artis mane yang dijemput kali ini..tp tak pe, juz wait n see ya!

Jom sama-sama kita memeriahkan pesta konvo ukm ke -37! ISIUKM pon ade bukak gerai gak…tunggu ape lg?? jom serbu!!!! :D

Al-Fatihah - Ustaz Asri Rabbani Meninggal dunia


Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi. Jjenazah dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini dan di sini

Marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

Al-Fatihah...

Friday, August 7, 2009

Minggu yang memenatkan


bersama ahli Parlimen Tumpat

25 Julai 2009

Hari ini sangat memenatkan. Terlalu banyak program yang dijalankan, kebetulan pada minggu yang sama. Petang itu, saya diajak oleh sahabat se’Perdana’ saya, cik Finie untuk ke satu program anak-anak Kelantan yang diadakan di Presint 18, Putrajaya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja batalkan sahaja niat saya ke sana, di sebabkan terlalu banyak lagi tugas dan assignment yang bertambun-tambun yang masih lagi belum disiapkan. Tetapi, apakah daya, rayuan seorang gadis sukar ditolak, tambahan lagi bahang rindu yang mendalam terhadap gadis ini, walapun baru hanya semingu kami bersua muka, masih jelas di fikiran saya. Arghhh...kerinduan ini menolak segala keresahan di hati saya. Begitu dasyatkan erti sebuah rindu?


bersama Finie tersayang~

Alhamdulillah, tidak sia-sia rasanya saya meluangkan masa selama 3 jam di sana. Program Ramah Mesra antara Ahli Palimen Tumpat bersama pelajar dan profesional jelas tidak sia-sia. Sekurang-kurangnya dapat juga mendengar khabar berita dari tanah air tercinta dan isu-isu semasa, yang kini sedang hangat di Malaysia. Maklumlah, sudah lama rasanya tidak keluar dari ‘kepompong’ UKM, terasa sedikit kebebasan yang sukar diluahkan…


26 Julai 2009

Hanya kerana sebuah kitab~

Pagi itu saya perlu menyiapkan diri lebih awal. Seperti yang dirancangkan, saya bersama sahabat sekuliah saya, Farhana, untuk ‘turun’ ke UIA, bagi mencari sesuatu yang sukar untuk dijumpai. Ya, hanya kerana sebuah ‘kitab’, saya terpaksa ‘merantau’ ke hujung dunia. Pada sem ini, saya perlu mengkaji sebuah kitab hadis dari Perawi Hadis terkenal, Imam Al-Tirmidhi. Setelah mencari di setiap sudut PTSL (ukm library), tidak juga saya temui kitab asalnya, yang ada hanya kitab syarahnya. Saya cuba mencari inisiatif lain, cuba bertanya kepada pensyarah- pensyarah di jabatan tentang kitab itu, malangnya, negatif jawapannya. Dan akhirnya saya mendapat satu jawapan yang pasti…

"Kamu ada jumpa kitab asal Imam Tirmidhi tu, Mariam?" Ustaz Aqil menyoalku, ingin mendapat kepastian.

"Belum ustaz, susah betul nak cari kitab tu, saya dah cari di Ptsl, tapi yang ada hanya kitab syarahnya sahaja.." saya menjawab dengan nada yang agak kecewa, setelah sedaya-upaya berusaha mencari kitab itu.

"Ustaz paham, kitab Imam Tirmidhi ni memang susah nak cari, yang tahqiq pun susah nak jumpa, apatah lagi kitab asalnya. Kamu dah cuba cari kitab itu di UIA?" ustaz menyoalku ingin mendapat kepastian.

"Belum lagi ustaz, " jawab saya ringkas.

"Kamu cuba cari di situ, InsyaAllah, ustaz yakin pasti ada, biasanya kat sana semua kitab arab dapat kita temui, itulah berbezanya Uia jika dibandingkan dengan U lain…" ustaz cuba memberi penjelasan kepadaku, ingin menaikkan semangatku kembali agaknya.

"InsyaAllah ustaz, kalau tiada aral, hujung minggu ni juga saya akan turun ke sana. Syukran ya ustaz…."

Begitulah kisahnya, mengapa saya terpaksa ‘merantau’ jauh ke bumi ini. Arhhh…amat jauh tempatnya…Tetapi, disebabkan ianya adalah satu tugas, amanah dan tanggujawab yang mesti di jalankan oleh seorang pelajar, saya cuba kuatkan diri. Benar, ilmu itu sukar dicari...jadi, sabar dan usaha itulah adalah ubatnya right? =)

Seperti yang dirancang, saya dan Farhana bertolak dari kolej tepat jam 8.30 pagi.

"Kak ct tahu ke jalan nak pergi Uia ni?" Fana cuba menyoalku, ingin mendapat kepastian.

"InsyaAllah, tapi kak ct pernah pergi sekali je, tu pun masa first year, harap-harap masih ingat lagi. Kita sama-sama doakan ya…moga Allah permudahkan perjalanan kita…" aku cuba memberi keyakinan kepadanya dan hanya padaNya aku bertawakkal sepenuh hatiku.

Tersesat Di Lrt

Kerisauan di hati saya hampir menjadi kenyataan. Ketika dalam perjalanan ke Gombak dengan menaiki Lrt, rupa-rupanya kami tersalah platform menuju ke sana, menyebabkan kami ‘terkandas’ ke lawanan arah jalan. Rupanya, ‘universiti’ yang kami sangkakan UIA, rupanya Universiti Malaya…aduh. Nasib baik saya terlihat pada plan yang terpampang jelas di ruangan Lrt tersebut. Rupanya destinasi ke Gombak adalah ke platform yang sebaliknya. Sungguh memeritkan ketika itu. Syukur kerana saya sempat berhenti di situ dan segera menukar laluan yang btul. Isk, begitu parah rupanya akibat sudah lama tidak menggunakan Lrt ni..satu pengajaran buat saya, supaya lebih ‘rajin’ ‘mengembara’! =D

Alhamdulillah, tepat jam 11.45 pagi, kami selamat tiba di Uia. Erm, agak lama juga saya tidak berkunjung ke taman ilmu ini. Dulu, selalu juga lepak-lepak kat bilik kak Ngah saya di Mahallah Maryam. Sejak dia berumahtangga, saya sudah jarang ke sini, kali terakhir pun, ketika Majlis Konvokesyen abang ipar saya..setahun yang lalu…

Setelah dihantar oleh sebuah teksi yang sangat ramah pemandunya, ( siap kasi petua kepada kawan saya yang tengah demam waktu itu), saya menunggu sahabat saya, yang juga pelajar di sini, untuk memudahkan perjalanan kami di sini. Maklumlah, uia ni besar. Sebelum tersesat, baik tanya dulu..huhu. Sambil menantinya di bus stop, sempat juga saya menghayati ketenangan di sini. Sungguh tenang dan nyaman sekali. Kampus ini masih tidak berubah. Tersergam indah dengan bangganya. Suasana yang sungguh islamic ini membuatkan saya tenang berada di sini. Bukanlah niat di hati ingin membandingkan dengan kampus sendiri, hakikatnya, suasana di sini sangat ‘menyejukkan hati’. Mungkin ketenangan yang sedang saya nikmati ini, hasil di bawah naungan ‘kerajaan’ Islam di kampus ini…Subhanallah…

Setelah menunggu hampir 15 minit, muncullah kelibat sahabat saya itu. Lama juga saya tidak ketemunya. Kali terakhir pun ketika kehadirannya ke majlis perkahwinan kakak sulung saya, tahun lalu. Em, maintain cute sahabat saya ni ya..walaupun umurnya sedang dimakan usia.. :D Sebelum kami menuju ke library, kami di bawa ke kedai makan untuk mengisi perut yang masih kosong ini. Syukur Alhamdulillah, siap dibelanja lagi oleh sahabat saya itu. Begitu pemurah hambaMu ini ya Allah…Moga Allah memberkati hidupmu, dan meluaskan lagi rezeki untukmu temanku.... :)



syurga kitab hadis...huhu~

Menuju Ke Library

Setelah selesai menjamah makanan tengahari, kami terus di bawa oleh sahabat saya itu ke library. Alhamdulillah, bilangan pelajar tidak seramai yang saya jangkakan. Tidak seperti di library di Ukm, sampai sahaja hari minggu, akan dipenuhi dengan pelajar luar dan dalam kampus. Terlalu ramai. Berbeza di sini, saya lihat golongan foreigner lebih ‘menguasai’ tempat ini di kala hujung minggu begini. Mungkin pelajar tempatan lebih suka berehat di kala hujung minggu begini... =) Tanpa membuang masa, saya terus menuju ke ruangan kitab-kitab hadis. Saya dan teman mula mencari kitab yang ingin dikaji, agak sukar juga kerana kitab di sini terlalu banyak. Subhanallah…saya kini seolah-olah berada di syurga Kitab Hadis. Amat menyeronokkan. Berbeza seperti di Ukm, di dalam satu rak, akan di susun pelbagai perawi kitab yang berbeza, tetapi di sini, dibahagikan di setiap rak, seorang perawi sahaja, dan ianya memudahkan untuk proses mencari kitab-kitab. Semua jenis kitab hadis dapat dimiiki di sini, dari kitab asalnya, (hanya tuhan sahaja yang tahu betapa besarnya kitab ini), yang tahqiq, juga syarahnya. Tersangat banyak. Rasa tanak balik pun ada. Hehe. Patutla ramai ustaz saya mengesyorkan supaya mencari kitab-kitab hadis di sini...akhirnya saya temui kebenarannya… =)



akhirnya kutemui juga kitab ini..alhamdulillah =)

Setelah mencari, dan terus mencari, alhamdulillah, akhirnya saya temui dua kitab yang saya mahukan itu. Terlalu besar! Camne nak pinjam ni? Nak bawa dalam Lrt camni? Allahu akhbar..x mungkin...Nampaknya, saya terpaksa photostat pada helaian-helaian yang penting sahaja, dan kitab yang satu lagi, saya akan pinjamkan, nasib baik ianya tidak sebesar kitab tadi…

Disebabkan sahabat saya tadi ada urusan yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa meninggalkan kami, sebelum sempat meninggalkan kad matriknya untuk memudahkan urusan pinjaman buku kami..alhamdulilla…syukur ya Allah…kerana masih ada hambaMu yang ingin membantu...Mungkin disebabkan masih dalam kesamaran dalam library ini, tidak tahu menggunakan pinjaman ( takut kantoi dengan staff sbb guna kad orang), tidak tahu tempat Photostat (ada, tapi tutup pulak dah…)..membuatkan saya sedikit ‘terganggu’. Nasib baiklah, ada dua student di sini yang cuba membantu kami. Baik dan sangat mesra..orang kelantan juga rupanya.. =)

Setelah selesai proses peminjaman, saya masih tidak dapat photostat kitab “Harrypotter’ ni...masa dah terlalu singkat, hanya tinggal 20 minit sahaja library ini untuk ditutup. Saya cuba mencari inisiatif lain untuk mendapatkan kitab itu. Alhamdulillah, akhirnya Allah menghantar seorang hambanya untuk membantu saya, juga sahabat lama saya, yang tiba-tiba nampak kelihatan di ruangan kaunter di situ. Setelah berpenat lelah mencuba mesin-mesin photostat yang masih agak baru digunakan katanya, akhirnya dia dapat membantu saya m’photostat helaian-helaian penting kitab tersebut. Kesian juga, terpaksa naik turun tangga hanya kerana mahukan photostat helaian-helaian tersebut. Syukur, akhirnya saya dapat meminjam sebuah kitab, dan m’photostat semua yang dimahukan itu, sehinggakan kami hampir-hampir terkurung, mungkin kerana terlalu lama di situ. Syukran buat sahabat saya, nampaknya, kamu mempunyai bakat yang sangat tinggi sebagai ‘pengurus mesin’…mungkin boleh menjadikannya sebagai kerja sambilan disitu untuk menambahkan lagi duet poket anda? ^_^

Alhamdulillah, setelah singgah sebentar di Masjid Uia untuk solat asar, kami terus bertolak ke Putra dengan menaiki teksi. Kepada 2 orang sahabat saya itu, tiada ungkapan lain yang dapat diungkapkan, selain syukran jazilan kathiran..yang tidak terhingga kepada kalian. Pengorbanan kalian sangat di hargai, dan insyaAllah, buku tersebut akan dihantar sebelum tiba masanya nanti… J . Buat ‘kawan baru’ ( Su dan Ju) juga, terima kasih kerana sudi membantu kami..insyaAllah..ada jodoh, kita bertemu lagi ya… =)

Tepat jam 6 petang, kami meninggalkan taman ilmu ini dengan hati yang gembira dan puas. Bersama kitab ini juga kami selami ‘benua’ Kuala Lumpur melalui Lrt..sungguh mencabar kekuatan seorang hamba…hingga mahu patah rasanya tangan ini! Terlalu berat…huhu~. Alhamdulillah, hampir pukul 7.45 malam, kami selamat tiba di Ukm...hari yang sangat memenatkan, tetapi mempunyai kenangan manis yang sangat indah, dan akan sentiasa terpahat kukuh di hati saya, selamanya… =)

~ummuhirrah~