BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 18, 2009

Epilog sebuah rindu

bersama adik tersayang, Aida Nadiah~

Pagi itu, ketika telingaku sedang asyik dibuai sebuah lagu dendangan Mawaddah, tiba-tiba kelihatan satu sms di skrin handsetku.

“ Salam, akak free petang ni? cadangnya nak pergi pesta konvo, kalau akak free, boleh kita pergi sama-sama..’ Aida cuba menyoalku ingin mendapat kepastian.

“Salam, boleh aje, tak de masalah, akak free jer petang ni, tapi malam ada hal plak, kalau nak pergi sana kene awal-awal ckit ya..’ aku menyetujuinya.

“Ok, thanks kak ct, saya on the way dah ni.., skarang kat Nilai. Dah sampai sana saya call ya..’ jawab Aida ringkas.

“InsyaAllah.." saya membalas mesejnya.

Seperti yang telah dijanjikan, aku menyuruhnya menantiku di Pusanika, pusat bangunan di kampusku ini. Bimbang tersesat ke kolej lain. Maklumlah, jalan di Ukm banyak cabangnya, aku sendiri mengambil masa hampir-hampir dua bulan untuk mengetahui selok-belok jalan di sini.

Dari jauh, kulihat seorang muslimah berbaju kurung, ayu wajahnya, seindah namanya...Aida Nadiah Abdullah. Di sampingnya juga kelihatan seorang kanak-kanak yang sungguh comel, bertudung litup menutup aurat, senyum-senyum malu paduku, Icah, adik bongsunya. Subhanallah…,sejuknya hatiku melihat anak sekecil ini, sudah dididik dengan tarbiah yang mantap..alhamdulillah. Terdetik di hatiku ketika itu, aku juga mahukan anak-anakku nanti seperti ini..berpegang teguh dengan perintah agama…insyaAllah…

Setelah menjamu selera di café kolejku, aku terus membawanya ke bilik, untuk berehat dan solat zuhur, sebelum bertolak ke Pesta Konvo, yang lebih kurang 15 minit perjalanannya dari kolejku. Jam menunujukkan tepat pukul 3 petang. Sungguh panas waktu itu. Bahangnya terasa hingga ke urat sarafku. Tetapi, kepanasan waktu itu sedikit pun tidak menghangatkan aku, malah, ianya lebih mendinginkan jiwaku...hanya kerana termetrainya sebuah rindu...

Setelah menaiki sebuah teksi ke sana, kami mula menjelajahi gerai-gerai di sana. Alhamdulillah, tidak ramai pengunjung di waktu ini. Aku sekadar menemani Aida ke sana, sambil bercerita hal masing-masing. Maklumlah, sudah lama rasanya tidak ketemu gadis ini, jadi aku cuba mengambil peluang sebaik mungkin. Setelah selesai proses 'tawaf-menawaf', Aida hanya membeli baju t-shirt muslimah, dan sehelai tudung untuk adiknya, Icah. Terdetik di hatiku ketika itu, “Bagusnya budak ni, dah tawaf 7 kali, ni je yang dia beli? Bijak sungguh dia menjaga keawangannya…satu sifat yang harus ku contohinya... :) Setelah 2 jam disana, Aida menerima panggilan dari ayahnya supaya menantinya di Midvally. Walapun ketidakpuasan jelas kelihatan di wajahnya, dia terpaksa meninggalkan kami. Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Kalau ikutkan, mahu sahaja mengajaknya tinggal seminggu lagi di sini. Tetapi, apakah daya, masing-masing ada tugasan tersendiri. Jadi, aku harus menghargai saat ini...

Alhamdulillah, setelah menanti kehadiran teksi selama hampir 15 minit, akhirnya dengan bantuanNya, tibalah teksi di perkarangan bus stop. Sebelum dia meninggalkanku, aku sempat memeluknya seerat-eratnya...seerat ukhuwah antara kami…sukar rasanya ingin melepaskan dia pergi, kerana kerinduanku ini masih menebal... Akhirnya, lambaian tangannya mengakhiri pertemuan kami…Aku menghantar kepulangannya dengan seukir senyuman bermakna…yg tulus dari hatiku...hanya untukmu adikku…InsyaAllah, ada peluang, kita jumpa lagi ya!! =)


bersama adiknya, Icah~ =)

Indahnya ukhuwah keranaNya

Aku tidak pernah membayangkan semanis ini ukhuwah antara aku dan dia. Sungguh, aku terlalu menghargai kuniaan dariNya ini. Aku mengenalinya melalui kawanku, juga kakakku. Dulu, aku mengenalinya dengan perwatakan yang sangat berbeza. Seorang yang sangat mencintai seni, berjiwa rockers, juga pandai membawa diri. Kini, aku seolah-olah mengenali seseorang yang berbeza, walapun hakikatnya orang yang sama. Dulu dan kini, berubah segalanya. Pakaiannya, tutur katanya, jiwannya…segala-galanya dia pertaruhkan hanya untukNya. Kini, dia berubah menjadi seorang yang sangat mencintai agama. Betapa beruntungnya aku melihat dia termasuk dikalangan orang-orang pilihanNya. Sungguh, dia termasuk dikalangan orang-orang yang beruntung, beruntung kerana nikmat hidayah dariNya…Kadang-kadang aku terfikir, betapa baiknya Allah, tidak pernah memilih sesiapa pun untuk memberi hidayahNya…tetapi, dengan hanya satu tadahan doa dari hamba yang ikhlas, segala yang mustahil pasti berlaku…

Dia seorang adik yang baik. Jiwanya terlalu lembut, walapun mungkin ada yang sukar untuk mengerti sikapnya. Tetapi aku lebih memahami insan ini. Jiwa yang sentiasa meletakkan Allah di tempat pertama, walau kutahu, betapa sukarnya untuk mengekalkan situasi itu. Kakakku juga turut memujinya. Bukanlah maksudku untuk melebihkan dirinya dari seseorang yang lain, kerana aku tahu, segala pujian tidak selayaknya dipuji..kecuali untukNya.. Tapi, salahkah diriku memuji hamba yang lidahnya sentiasa mengagung-agungkan zatNya? insan yang jiwanya sentiasa mendambakan cintaNya?Benar, dia termasuk di kalangan orang-orang yang beruntung…

Dia seorang yang tabah dalam mengharungi ujian dari tuhannya. Walauku tahu, dirinya tidak setabah Maryam dalam menghadapi ujian dari penciptanya. Buktinya, dia turut diuji, diuji untuk menguji cintanya terhadap penciptanya..di uji secara praktikal, bukan hanya sekadar teori. Benar, ujian inilah yang terlalu berat untuk di tanggung, walau hakikatnya ianya seolah-olah senang untuk dipikul. Hanya mereka yang ‘terpilih’ sahaja mengetahui, betapa berat ujian cinta. Tetapi, ujian itu rahmat. Di sebalik ujian itu terlalu banyak keindahannya. Allah tidak pernah menguji seseorang itu diluar kemampuannya, dan aku berpegang teguh dengan ayat ini..kerana aku yakin,..janji Allah itu PASTI… Betapa baiknya Allah…tidak rela membiarkan hamba pilihanNya terus tersungkur jauh dari rahmatNya..setiap kali mereka berpaling drNya, setiap kali itulah Dia menarik kembali jiwanya..agar bergantung hanya kepadaNya…

Ya Allah, betapa manisnya ukhuwah yang dipinjamkan Engkau kepada kami, sesungguhnya, aku terlalu menghargainya tuhanku...sayangilah dia ya Allah, sebagaimana sayangnya Engkau kepada kekasihMu, Nabi Muhammad s.a.w, para syahidMu, wali-waliMu, pejuang-pejuang agamaMu…Sesungguhnya, aku menyanyanginya hanya berlandaskan atas satu nama cinta, cinta keranaMu….Dialah hamba yang sentiasa mengagung-agungkan cintaMu...Aida Nadiah Abdullah…

~ummuhirrah~
18 Ogos 2009

0 comments: