BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 7, 2009

Minggu yang memenatkan


bersama ahli Parlimen Tumpat

25 Julai 2009

Hari ini sangat memenatkan. Terlalu banyak program yang dijalankan, kebetulan pada minggu yang sama. Petang itu, saya diajak oleh sahabat se’Perdana’ saya, cik Finie untuk ke satu program anak-anak Kelantan yang diadakan di Presint 18, Putrajaya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja batalkan sahaja niat saya ke sana, di sebabkan terlalu banyak lagi tugas dan assignment yang bertambun-tambun yang masih lagi belum disiapkan. Tetapi, apakah daya, rayuan seorang gadis sukar ditolak, tambahan lagi bahang rindu yang mendalam terhadap gadis ini, walapun baru hanya semingu kami bersua muka, masih jelas di fikiran saya. Arghhh...kerinduan ini menolak segala keresahan di hati saya. Begitu dasyatkan erti sebuah rindu?


bersama Finie tersayang~

Alhamdulillah, tidak sia-sia rasanya saya meluangkan masa selama 3 jam di sana. Program Ramah Mesra antara Ahli Palimen Tumpat bersama pelajar dan profesional jelas tidak sia-sia. Sekurang-kurangnya dapat juga mendengar khabar berita dari tanah air tercinta dan isu-isu semasa, yang kini sedang hangat di Malaysia. Maklumlah, sudah lama rasanya tidak keluar dari ‘kepompong’ UKM, terasa sedikit kebebasan yang sukar diluahkan…


26 Julai 2009

Hanya kerana sebuah kitab~

Pagi itu saya perlu menyiapkan diri lebih awal. Seperti yang dirancangkan, saya bersama sahabat sekuliah saya, Farhana, untuk ‘turun’ ke UIA, bagi mencari sesuatu yang sukar untuk dijumpai. Ya, hanya kerana sebuah ‘kitab’, saya terpaksa ‘merantau’ ke hujung dunia. Pada sem ini, saya perlu mengkaji sebuah kitab hadis dari Perawi Hadis terkenal, Imam Al-Tirmidhi. Setelah mencari di setiap sudut PTSL (ukm library), tidak juga saya temui kitab asalnya, yang ada hanya kitab syarahnya. Saya cuba mencari inisiatif lain, cuba bertanya kepada pensyarah- pensyarah di jabatan tentang kitab itu, malangnya, negatif jawapannya. Dan akhirnya saya mendapat satu jawapan yang pasti…

"Kamu ada jumpa kitab asal Imam Tirmidhi tu, Mariam?" Ustaz Aqil menyoalku, ingin mendapat kepastian.

"Belum ustaz, susah betul nak cari kitab tu, saya dah cari di Ptsl, tapi yang ada hanya kitab syarahnya sahaja.." saya menjawab dengan nada yang agak kecewa, setelah sedaya-upaya berusaha mencari kitab itu.

"Ustaz paham, kitab Imam Tirmidhi ni memang susah nak cari, yang tahqiq pun susah nak jumpa, apatah lagi kitab asalnya. Kamu dah cuba cari kitab itu di UIA?" ustaz menyoalku ingin mendapat kepastian.

"Belum lagi ustaz, " jawab saya ringkas.

"Kamu cuba cari di situ, InsyaAllah, ustaz yakin pasti ada, biasanya kat sana semua kitab arab dapat kita temui, itulah berbezanya Uia jika dibandingkan dengan U lain…" ustaz cuba memberi penjelasan kepadaku, ingin menaikkan semangatku kembali agaknya.

"InsyaAllah ustaz, kalau tiada aral, hujung minggu ni juga saya akan turun ke sana. Syukran ya ustaz…."

Begitulah kisahnya, mengapa saya terpaksa ‘merantau’ jauh ke bumi ini. Arhhh…amat jauh tempatnya…Tetapi, disebabkan ianya adalah satu tugas, amanah dan tanggujawab yang mesti di jalankan oleh seorang pelajar, saya cuba kuatkan diri. Benar, ilmu itu sukar dicari...jadi, sabar dan usaha itulah adalah ubatnya right? =)

Seperti yang dirancang, saya dan Farhana bertolak dari kolej tepat jam 8.30 pagi.

"Kak ct tahu ke jalan nak pergi Uia ni?" Fana cuba menyoalku, ingin mendapat kepastian.

"InsyaAllah, tapi kak ct pernah pergi sekali je, tu pun masa first year, harap-harap masih ingat lagi. Kita sama-sama doakan ya…moga Allah permudahkan perjalanan kita…" aku cuba memberi keyakinan kepadanya dan hanya padaNya aku bertawakkal sepenuh hatiku.

Tersesat Di Lrt

Kerisauan di hati saya hampir menjadi kenyataan. Ketika dalam perjalanan ke Gombak dengan menaiki Lrt, rupa-rupanya kami tersalah platform menuju ke sana, menyebabkan kami ‘terkandas’ ke lawanan arah jalan. Rupanya, ‘universiti’ yang kami sangkakan UIA, rupanya Universiti Malaya…aduh. Nasib baik saya terlihat pada plan yang terpampang jelas di ruangan Lrt tersebut. Rupanya destinasi ke Gombak adalah ke platform yang sebaliknya. Sungguh memeritkan ketika itu. Syukur kerana saya sempat berhenti di situ dan segera menukar laluan yang btul. Isk, begitu parah rupanya akibat sudah lama tidak menggunakan Lrt ni..satu pengajaran buat saya, supaya lebih ‘rajin’ ‘mengembara’! =D

Alhamdulillah, tepat jam 11.45 pagi, kami selamat tiba di Uia. Erm, agak lama juga saya tidak berkunjung ke taman ilmu ini. Dulu, selalu juga lepak-lepak kat bilik kak Ngah saya di Mahallah Maryam. Sejak dia berumahtangga, saya sudah jarang ke sini, kali terakhir pun, ketika Majlis Konvokesyen abang ipar saya..setahun yang lalu…

Setelah dihantar oleh sebuah teksi yang sangat ramah pemandunya, ( siap kasi petua kepada kawan saya yang tengah demam waktu itu), saya menunggu sahabat saya, yang juga pelajar di sini, untuk memudahkan perjalanan kami di sini. Maklumlah, uia ni besar. Sebelum tersesat, baik tanya dulu..huhu. Sambil menantinya di bus stop, sempat juga saya menghayati ketenangan di sini. Sungguh tenang dan nyaman sekali. Kampus ini masih tidak berubah. Tersergam indah dengan bangganya. Suasana yang sungguh islamic ini membuatkan saya tenang berada di sini. Bukanlah niat di hati ingin membandingkan dengan kampus sendiri, hakikatnya, suasana di sini sangat ‘menyejukkan hati’. Mungkin ketenangan yang sedang saya nikmati ini, hasil di bawah naungan ‘kerajaan’ Islam di kampus ini…Subhanallah…

Setelah menunggu hampir 15 minit, muncullah kelibat sahabat saya itu. Lama juga saya tidak ketemunya. Kali terakhir pun ketika kehadirannya ke majlis perkahwinan kakak sulung saya, tahun lalu. Em, maintain cute sahabat saya ni ya..walaupun umurnya sedang dimakan usia.. :D Sebelum kami menuju ke library, kami di bawa ke kedai makan untuk mengisi perut yang masih kosong ini. Syukur Alhamdulillah, siap dibelanja lagi oleh sahabat saya itu. Begitu pemurah hambaMu ini ya Allah…Moga Allah memberkati hidupmu, dan meluaskan lagi rezeki untukmu temanku.... :)



syurga kitab hadis...huhu~

Menuju Ke Library

Setelah selesai menjamah makanan tengahari, kami terus di bawa oleh sahabat saya itu ke library. Alhamdulillah, bilangan pelajar tidak seramai yang saya jangkakan. Tidak seperti di library di Ukm, sampai sahaja hari minggu, akan dipenuhi dengan pelajar luar dan dalam kampus. Terlalu ramai. Berbeza di sini, saya lihat golongan foreigner lebih ‘menguasai’ tempat ini di kala hujung minggu begini. Mungkin pelajar tempatan lebih suka berehat di kala hujung minggu begini... =) Tanpa membuang masa, saya terus menuju ke ruangan kitab-kitab hadis. Saya dan teman mula mencari kitab yang ingin dikaji, agak sukar juga kerana kitab di sini terlalu banyak. Subhanallah…saya kini seolah-olah berada di syurga Kitab Hadis. Amat menyeronokkan. Berbeza seperti di Ukm, di dalam satu rak, akan di susun pelbagai perawi kitab yang berbeza, tetapi di sini, dibahagikan di setiap rak, seorang perawi sahaja, dan ianya memudahkan untuk proses mencari kitab-kitab. Semua jenis kitab hadis dapat dimiiki di sini, dari kitab asalnya, (hanya tuhan sahaja yang tahu betapa besarnya kitab ini), yang tahqiq, juga syarahnya. Tersangat banyak. Rasa tanak balik pun ada. Hehe. Patutla ramai ustaz saya mengesyorkan supaya mencari kitab-kitab hadis di sini...akhirnya saya temui kebenarannya… =)



akhirnya kutemui juga kitab ini..alhamdulillah =)

Setelah mencari, dan terus mencari, alhamdulillah, akhirnya saya temui dua kitab yang saya mahukan itu. Terlalu besar! Camne nak pinjam ni? Nak bawa dalam Lrt camni? Allahu akhbar..x mungkin...Nampaknya, saya terpaksa photostat pada helaian-helaian yang penting sahaja, dan kitab yang satu lagi, saya akan pinjamkan, nasib baik ianya tidak sebesar kitab tadi…

Disebabkan sahabat saya tadi ada urusan yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa meninggalkan kami, sebelum sempat meninggalkan kad matriknya untuk memudahkan urusan pinjaman buku kami..alhamdulilla…syukur ya Allah…kerana masih ada hambaMu yang ingin membantu...Mungkin disebabkan masih dalam kesamaran dalam library ini, tidak tahu menggunakan pinjaman ( takut kantoi dengan staff sbb guna kad orang), tidak tahu tempat Photostat (ada, tapi tutup pulak dah…)..membuatkan saya sedikit ‘terganggu’. Nasib baiklah, ada dua student di sini yang cuba membantu kami. Baik dan sangat mesra..orang kelantan juga rupanya.. =)

Setelah selesai proses peminjaman, saya masih tidak dapat photostat kitab “Harrypotter’ ni...masa dah terlalu singkat, hanya tinggal 20 minit sahaja library ini untuk ditutup. Saya cuba mencari inisiatif lain untuk mendapatkan kitab itu. Alhamdulillah, akhirnya Allah menghantar seorang hambanya untuk membantu saya, juga sahabat lama saya, yang tiba-tiba nampak kelihatan di ruangan kaunter di situ. Setelah berpenat lelah mencuba mesin-mesin photostat yang masih agak baru digunakan katanya, akhirnya dia dapat membantu saya m’photostat helaian-helaian penting kitab tersebut. Kesian juga, terpaksa naik turun tangga hanya kerana mahukan photostat helaian-helaian tersebut. Syukur, akhirnya saya dapat meminjam sebuah kitab, dan m’photostat semua yang dimahukan itu, sehinggakan kami hampir-hampir terkurung, mungkin kerana terlalu lama di situ. Syukran buat sahabat saya, nampaknya, kamu mempunyai bakat yang sangat tinggi sebagai ‘pengurus mesin’…mungkin boleh menjadikannya sebagai kerja sambilan disitu untuk menambahkan lagi duet poket anda? ^_^

Alhamdulillah, setelah singgah sebentar di Masjid Uia untuk solat asar, kami terus bertolak ke Putra dengan menaiki teksi. Kepada 2 orang sahabat saya itu, tiada ungkapan lain yang dapat diungkapkan, selain syukran jazilan kathiran..yang tidak terhingga kepada kalian. Pengorbanan kalian sangat di hargai, dan insyaAllah, buku tersebut akan dihantar sebelum tiba masanya nanti… J . Buat ‘kawan baru’ ( Su dan Ju) juga, terima kasih kerana sudi membantu kami..insyaAllah..ada jodoh, kita bertemu lagi ya… =)

Tepat jam 6 petang, kami meninggalkan taman ilmu ini dengan hati yang gembira dan puas. Bersama kitab ini juga kami selami ‘benua’ Kuala Lumpur melalui Lrt..sungguh mencabar kekuatan seorang hamba…hingga mahu patah rasanya tangan ini! Terlalu berat…huhu~. Alhamdulillah, hampir pukul 7.45 malam, kami selamat tiba di Ukm...hari yang sangat memenatkan, tetapi mempunyai kenangan manis yang sangat indah, dan akan sentiasa terpahat kukuh di hati saya, selamanya… =)

~ummuhirrah~

0 comments: