BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

Syawal yang bermakna~



Tanah Airku tercinta~

Pagi itu, 18 September 2009, akhirnya diriku selamat tiba di kampung halaman tercinta, setelah penat ‘mengharungi’ jalan yang agak ‘jam’ sepanjang perjalanan pulang ke Kota Bharu. Setelah tiba di perkarangan rumah, salam terus diberikan. Tetapi, hampa. Tiada jawapan, tiada respon. Mana ummi, abah dan cucu barunya ni? Tika itu, hanya tuhan yang tahu betapa tidak sabarnya diriku ingin menemui anak buah kesayanganku yang pertama itu, Balqis Basyirah.

Salam terus diberikan, tetapi jawapan terus membisu.

Tiba-tiba, tup tup tup~ handsetku berbunyi menandakan masuknya satu mesej. Rupa-rupanya sms daripada kak long. Katanya, dia, ummi, abah serta abang long ku kini berada di Masjid Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka untuk proses cukur rambut anak buahku itu. Seperti biasa, pada pagi Jumaat, satu ruang di Masjid itu akan dipenuhi dengan baby-baby yang baru lahir bersama ibu bapa mereka sambil menunggu giliran untuk dicukur rambut anak-anak mereka. Menurut Kak Longku, pada pagi itu sekitar dalam 50 baby juga menunggu giliran mereka, semuanya berebut-rebut mahu ‘dicukur’ oleh sentuhan ulama’..Subhanallah.. Disebabkan Baby Balqis antara ‘juara’ menangis pada pagi itu, jadi dia terpaksa diutamakan daripada baby-baby yang lain, walapun belum lagi sampai gilirannya.. Owh, kecil-kecil lagi dah pandai ya kamu Balqis? ^_^

Setelah menantikan kepulangan mereka, akhirnya ahli keluargaku tiba di perkarangan rumahku. Tanpa menanti sesaat pun, diri ini terus mencium dan memeluk ummi dan abahku. Abah membalas ciuman didahiku, ummi pula memelukku seakan tidak ingin melepaskan pelukan itu. Terlalu rindu. Kerinduan yang selama ini membuak-buak di hati ini terubat dengan ’sentuhan’ mereka. Alhamdulillah, syukur kerana aku masih diberi peluang menatap wajah suci mereka. Terima kasih ya Allah... Setelah melepaskan rindu di hati, mata ini terus mencari-cari si kecil sayangku, Balqis. Terlalu gembira tidak terkata. Mahu sahaja didukung, tetapi disebabkan tubuhnya yang masih lembut ( baru masuk 2 minggu), jadi aku masih tidak ada kekuatan untuk itu. Sungguh comel baby ini..subhanallah...Sambil bermanja-manja dengannya, akhirnya aku terlena di sisinya...

Menjelang Syawal~

Syawal bakal tiba lagi. Tetapi persiapan untuk menyambut hari tersebut masih belum selesai sepenuhnya. Disebabkan kepulanganku agak lewat, menyebabkan persiapan tidak sesempurna tahun-tahun sebelumnya, yang mana seminggu sebelum umat Islam menyambut hari tersebut, rumahku telah kemas dihias sebaik mungkin di pelbagai sudut.

Persiapan menyambut hari raya tahun ini sekadar ala kadar. Masa yang hanya tinggal dua hari kucuba buat yang terbaik. Masa yang ada lebih banyak difokuskan kepada anak buah. Rupa-rupanya bukan senang mahu menjaga seorang anak kecil. Sangat memberi kesan fizikal dan mental. Rehat terpaksa dikorbankan, assigment yang berbaki terpaksa ditolak ke tepi, yang focus hanya untuknya, Balqis Basyirah. Sangat memenatkan, tetapi dari situlah sebenarnya mendidikku erti sabar yang sebenarnya. Penat, tetapi apabila segala-gala yang dilakukukan ikhlas hanya keranaNya, insyaAllah kebahagiaan yang bakal dikecapi nanti…percayahlah~ =)



Syawal yang bermakna~

Syawal datang lagi. Yang pasti, hari raya tahun ini disambut tidak sebaik dahulu persiapannya. Baju tema keluarga terpaksa diabaikan. Masing-masing dengan temanya sendiri, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Perancangan banyak tergendala. Semuanya gara-gara kelahiran anak sulung kak longku yang melahirkan babynya 2 minggu awal dari tarikhnya. Menyebabkan, semua tertumpu kepada kak long, dan segala perancangan menyambut hari lebaran terpaksa dikemudiankan.

Walapun persiapan menyambutnya sekadar ala kadar, tetapi syawal ini juga adalah syawal yang pertama bagi kami sekeluarga menyambut bersama insan yang baru mengenal dunia, Balqis Basyirah. Teramat seronok. Rumahku kini tidak sunyi dari suara tangisan baby. Dengan itu, bermulalah tugas baruku sebagai babysitter.. =) tugasan yang sangat mencabar. Maklumlah, tiada langsung pengalaman bermain-main dengan baby, apatah lagi menjaganya. Alhamdulilllah, dengan kehadiran Balqis, aku dapat menimba 'ilmu'ini secara praktikalnya. Aku mula berjinak-jinak ’menceburi’ bidang itu. Agak kekok juga sebenarnya, tetapi berkat kesabaran, alhamdulillah, daripada tiada pengalaman langsung, akhirnya aku berjaya menidurkan baby, memakai baju menukar pampersnya, dan menyusunya.. Dulu, aku paling fobia mendengar suara baby menangis, sebab aku takut tak dapat nak pujuk kembali. Tetapi alhamdulillah, dengan pengalaman yang sedikit ini ianya mengajarku bagaimana untuk mendekati insan bernama baby... ^_^

Alhamdulillah, pada pagi syawal yang bermakna itu, aku masih diberi kesempatan olehNya untuk melaksanakan solat sunat Aidilfitri. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan menunaikannya di Masjid Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, tetapi sejak tertubuhnya surau di kampungku setahun yang lalu, kami bertukar haluan ke sini, bagi mengimarahkan lagi surau Haji Hamzah ini. Alhamdulillah, setelah selesai menyempurnakan solat sunat itu dengan diimami oleh abang iparku, kami sekeluarga terus ke rumah nenekku yang hanya berdekatan sahaja rumahnya dengan rumahku. Kebiasaannya, kami terus menziarahi jiran-jiran tetangga yang berdekatan, tetapi disebabkan rumahku agak menjadi ’tumpuan’ pada pagi itu, jadi kami hanya tertumpu di rumah sahaja bagi melayan tetamu yang tidak putus-putus datang ke teratak kami...

Mengenai sambutan hari raya tahun ini, aku lebih banyak menghabiskan masaku di rumah. Bermula dari hari raya pertama sehingga raya ke-5, rumahku tidak putus-putus diziarahi saudara-mara dankawan-kawan. Semuanya ingin menjenguk si Balqis. Ramai juga yang kata matanya seperti ayahnya, miripnya pula seperti umminya, kateh ( kaki panjang) pula mengikut cik sunya ini. Betul ke?hehehe..ntah la, tinggi mcm saya kut nanti… =)

Pada hari raya ke -4, kami juga ada mengadakan jamuan makan sempena kelahiran Balqis. Hajat saya untuk ke majlis makan anjuran Amal ( Alumni Maahad) di kampung kraftangan terpaksa dibatalkan. Mungkin ada hikmahnya? Only God knows. =) Alhamdulillah, ramai juga yang datang rumah kami hari itu. Yang paling best, baby Balqis dapat banyak sangat baju raya..cantik-cantik pula tu..waaaa..jeles plak cik Su dia ni taw..Terima kasih juga buat Uncle Hafiz n Auntie Nora atas pemberian baju raya buat baby Balqis..sangat comel~ syukran! =) Majlis Aqiqah pula belum sempat untuk dilaksanakan, mungkin selepas hari raya haji nanti InsyaAllah…

Pada hari raya ke -5, aku sempat meluangkan masa ke reunion sekolahku yang pertama di alam menengah iaitu Maktab Pengajian Islam di Jalan Bayam. Aku sempat menuntut ilmu di situ bermula peralihan sehinnga tingkatan dua, sebelum kaki ini berhijrah ke bumi Mmp, kota Bharu. Alhamdulillah, majlis yang agak simple, tetapi sangat bermakna. Sungguh terharu dapat bertemu kembali kawan-kawan lama, especially Amalia n Azliana, teman baik aku yang sentiasa di sisiku di saat suka dan duka. Pertemuan kami ini amat mengejutkan, kerana kehadiran kami ke majlis ini tidak diketahui antara satu sama lain. Alhamdulillah, syukur.. Allah masih mempertemukan kami bertiga. Terima kasih ya Allah..Aku terlalu menghargainya tuhanku...

Alhamdulillah, walaupun sambutan hari raya tahun ini sekadar ala kadar, namun ianya sambutan yang cukup bermakna buat diriku..terutamanya dengan kehadiran insan bernama Balqis Basyirah…! Baby…, cik su rindu kamuuu..!

Monday, September 7, 2009

Bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w






Petang itu, selepas sahaja diriku menghabiskan discussion bersama teman-teman di library, handset di beg tanganku tiba-tiba berdering.


“Assalamulaikum, Yang, Kak Long kene tahan kad wad dah tu, pagi tadi saje je nk gi cek, pastu doktor tahan terus…” kak Ngah cuba memberitahuku dengan nada yang agak kelam kabut.

“ Hah, cepatnya! Kat hospital mana?” aku bertanya.

“ Kat Kbmc, loni ummi dengan abah kat hospital tu, doa deh, moga Allah permudahkan segalanya…” kak ngah cuba menenangkanku.

“InsyaAllah, ada gapo2 msg Yang deh…” aku sempat berpesan.


Hatiku tiba-tiba berdegup kencang. Mana tidaknya, kalau diikutkan due date kelahiran baby Kak Long sebenarnya dua hari selepas umat Islam menyambut hari raya. Tapi.…semuanya perancangan Allah..

Tepat jam 8 malam, handetku kembali berbunyi.

“Assalamualaikum, Yang, kak Long dah masuk wad bersalin, ummi teman sekali. Abg Long on the way balik sini dah, naik flight. Doa banyak-banyak deh..jgn putus-putus. Moga Allah mudahkah kak long…” kak Ngahku cuba menenangkan aku.

“W’salam, insyaAllah. Kita sama-sama doakan ya...” aku menjawab ringkas

Hatiku tidak tenang. Gementar. Takut. Semuanya datang tanpa diundang. Hatiku benar-benar berdegup kencang, seolah-olah aku yang berada di tempat Kak Long.

Aku rasa tidak sedap hati. Aku cuba kuatkan diri. Berselawat dan baca Ya Latif banyak-banyak hadiahkan kepada kak long, moga Allah permudahkan kelahiran anak sulungnya itu…kerana aku tahu, ini pengalaman pertama bagi kak long mempertaruhkan nyawanya, antara hidup dan mati.


Ya Allah, kuatkanlah Kak Long, pinjamkanlah dia sedikit kekuatanmu.. Moga Kak Long dan babynya selamat dilahirkan…aminn…

Aku di sini tidak dapat berbuat apa-apa, selain berdoa, berdoa dan terus berdoa kepadaNya.

Aku kalut. Mungkin inilah pengalaman pertamaku berhadapan keadaan sebegini. Tiada adik, juga anak-anak buah sebelum ini.

Tepat jam 9.15, handsetku berdering lagi.

“Alhamdulillah, Kak Long telah selamat melahirkan anak. Baby girl! Hehehehe…” suara kak Ngahku seolah-olah lega bercampur gembira.

“Alhamdulillah..syukur..jgn lupa buat sujud syukur ya, kem salam kat ummi n abah yaa…waaa..nak balik…!” aku rasa diriku tidak boleh dikawal lagi.

“ Sabar, next week dah balik kan, sabar ya Cik Su…hehheh..” kak ngah cuba memujuk perasaanku.





Alhamdulillah, pada malam itu, 17 ramadhan bersamaan 6 September 2009, bulan dan hari yang mulia, (malam nuzul Quran) bertambah lagi seorang ummat nabi Muhammad s.a.w ke dunia ini.. ..

Syukur alhamdulillah. Terlalu gembira perasaan ini, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mungkin ini adalah pengalaman pertama mendapat anak buah agaknya.

Terasa betapa istimewanya kehadiran baby ini. Maklumlah, anak sulong kepada kak longku, cucu pertama ummi dan abah, dan anak saudara pertama bagiku. Segalanya rasa indah belaka. Tidak sabar rasanya mahu mendodoi anak buahku itu.

Kak Long sempat menghantar gambar babynya. Putih dan gebu macam ibunya. Aduh..makin geram aku tengok…nak cubit2 je pipit tu…

Tapi, agak terkilan, sebab waktu ini, aku masih tidak dapat melihatnya. Aku berada jauh di perantauan. Sabar..sabar…next week dah balik…cuba pujuk hati~


Buat anak buahku sayang,
Sempana kelahiranmu pada bulan yang penuh kemuliaan, malam yang sangat istimewa, moga sifatmu dan akhlakmu juga, seindah dan semulia bulan ini..
Moga menjadi anak yang solehah..penyejuk mata, penawar hati ummi dan ayahmu…
Dan menjadi hamba yang taat kepada segala perintahNya…
Selamat datang sayang..,moga dengan kehadiranmu ke dunia ini, bertambahlah seorang lagi pejuang Islam di bumi ini! Amin…

Baby, tunggu cik su balik ya sayang…tak sabarnya nak dukung n belai2 kamu…
Tunggukan kepulangan cik su!!!!!! ^_^

~Cik Su~ ^_^

Thursday, September 3, 2009

Indahnya Tarbiah Ramadhan



Saat ini, ketika mereka sedang menikmati juadah berbuka bersama keluarga tersayang, aku di sini hanya berseorangan. Bersahur, berbuka, semuanya bersendirian. Berdepankan jendela biru, dipayungi langit biru yang terbentang luas, dan hanya bertemankan si Boboy yang setia di sisi....

Sungguh, aku terlalu merindui suasana ramadhan di rumahku, yang jauh bezanya dengan bi’ah di sini. Rindu bersahur, berbuka, juga bertarawih bersama-sama family…suasana dipenuhi dengan ibadah kepadaNya, seolah-olah wujudnya pesta ibadah, berlumba-lumba memohon rahmah dan maghfirah dariNya..Tetapi di sini, aku sukar untuk menghayatinya dengan tenang. Kadang-kadang, aku terpaksa berhadapan dengan situasi yang amat menguji keimananku. Ketika orang lain gembira berbuka puasa bersama-sama, telingaku dibingitkan dengan gelak tawa kawan-kawan serumah, terutamanya yang bukan muslim. Aku tidak pernah menghalang mereka untuk melepaskan tekanan di hati, tetapi, sekurang-kurangnya cubalah menghormati waktu yang sangat berharga bagi kami, sebagai seorang muslim...Allahu yahdi..moga Allah memberi kekuatan kepadaku dalam menghadapi ujian ini...

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur mendapat didikan yang baik dari abah dan ummiku. Masih kukuh diigatanku, detik-detik gentar ketika mula mengenali dunia puasa. Aku mula diajar berpuasa ketika umurku genap 6 tahun. Aku seronok melihat keluarga dan sandara-maraku bersahur, berbuka, seolah-olah menjamu pesta makan setiap hari. Begitulah fikiranku ketika itu. Disebabkan kegirangan itu, aku mula berjinak-jinak dengan dunia itu. Apatalah lagi, ummi sering mengejutkan anak-anaknya apabila tiba sahaja waktu bersahur.

Kata ummi, “Tak po toksey poso pun, yang penting ambil keberkatan sahur tu, cuba dulu poso separuh hari, kalu rasa tak larat baru bukak deh…”


Dengan sokongan dari ummi dan abah, aku cuba untuk berpuasa. Melihat kedua-dua kakakku yang agak lembik juga meneruskan puasa mereka, kadang-kadang agak menguji kesabaran aku.

Hari pertama berpuasa, hanya tuhan yang tahu betapa lemahnya aku. Aku merasakan seolah-olah tidak menjamah makanan untuk setahun lamanya. Aku cuba kuatkan diri. Tetapi gagal. Sampai nangis-nangis juga tidak dapat menahan kelaparan. Ummi cuba memujukku.

Kata ummi “Takpo, gi la bukok poso, Yang ( nama panggilanku di rumah) poso setengah hari pun syukur dah, Allah suka sangat2 dah. Bukok la poso, esok cuba lagi deh...” ummi tidak henti-henti memberi kata-kata semangat kepadaku.

Yang pasti, ketika umurku dalam lingkungan itu, aku masih tidak diberi qudrat olehNya untuk berpuasa penuh. Tapi alhamdulillah, aku masih diberi kekuatan untuk berpuasa setengah hari pun, sangat aku syukuri...

Setelah umurku meningkat ke darjah satu, pengalaman berpuasa masih tidak ada bezanya. Cuma aku dapat sedikit kudrat untuk berpuasa penuh, walapun tidak sampai sebulan yang mampu dilakukan. Kalau tidak silap, dalam 10 hari rasanya. Disebabkan kakak-kakaku semuanya dapat berpuasa penuh, mereka sering memerli aku. Kata mereka, orang tidak berpuasa penuh tak boleh raya, apatah lagi baju raya dan duit raya. Tercabar juga rasanya. Tapi, hanya itu yang mampu aku lakukan ketika itu…

Ketika umurku meningkat ke darjah 3, aku targetkan diri untuk berpuasa penuh bulan itu. Ditambah dengan kata-kata semangat dan ‘tawaran’ dari ummi, makin bersemangat rasanya.

Kata ummi, “Sapo poso penuh bule ni, ummi wi rm 50 ya….”


Fuh, makin la bersemangat aku nak berpuasa. Waktu kanak-kanak dulu, memang pantang bunyi tawaran duit, laju je rasa..he he~ mungkin ini adalah salah satu cara untuk memujuk anak-anak kecil untuk berpuasa penuh?sape tahu..~


Terlalu banyak rasanya ujian yang perlu dihadapi untuk memenuhi permintaan ummi. Faktor kawan, yang suka makan depan-depan, ada yang mahu belanja aiskirm, sedikit sebanyak mengegarkan jiwaku ketika itu. Aku cuba melawan perasaanku, “ x bleh x bleh, x puasa penuh nanti x bleh raya, x dapat duit raya, nanti rm 50 x dapat!kakak-kakakku juga mesti gelakkan aku nanti!x bleh. aku mesti puasa penuh!”

Alhamdulillah..dengan semangat yang kental, akhirnya pada umur 9 tahun aku dapat berpuasa penuh sebulan. Syukur rasanya, mungkin ini adalah berkat doa ummi dan abahku, yang tidak putus-putus mendoakan anak bongsunya ini…alhamdulillah…

Seronoknya suasana ramadhan yang lalu. Awal-awal pagi sudah bangun sahur bersama family. Ummi dan abahku sering menasihatiku, agar tidak meninggalkan solat tahajjud, sekurang-kurangnya dua rakaat, teruatamanya bulan yang penuh keberkatan ini. Sebelum bersahur, kami sekeluarga dahulukan solat tahajjud dalam bilik masing-masing. Selepas itu barulah kami bersahur bersama-sama. Ketika itu, ummi lah yang suka melambatkan sahurnya, biasanya 15 minit tibanya azan baru mula ke meja makan. Kata ummi ‘sunnat melambatkan sahur…’ dan kami hanya mampu tersenyum waktu itu. Begitulah ummi, sentiasa mengutamakan sunnah Nabi s.a.w dalam apa jua keadaan sekalipun, antara sifat yang amat mengagumkan aku...

Sementara menunggu azan Subuh, kami menghabiskan bacaan al-Quran mengikut sambungan masing-masing. Setelah itu, kami bersama-sama ke masjid berdekatan secara bergilir-gilir, antaranya Masjid Muhammadi, Telipot, Langgar dan Kampung Sireh untuk solat berjemaah di sana. Alhamdulillah….

Terawih

Masa kecil-kecil dahulu, aku dan keluarga hanya menunaikan solat terawih di rumah. Di sebabkan tiada surau yang berdekatan di kampungku, menyebabkan warga tua yang uzur sukar menunaikan solat sunat ini. Justeru, rumahku menjadi medan utama untuk mereka menunaikan solat tarawih berjemaah. Jadi, apabila tiba sahaja bulan ramadhan, orang ramai akan berpusu-pusu datang ke rumahku untuk menunaikan solat terawih. Warga tua khususnya, golongan muda juga kanak-kanak tidak terkecuali. Syukurnya di hati ini, kerna rumahku menjadi tempat berkumpulnya tetamu-tetamu Allah menunaikan amalan sunat ini. Dengan diimami oleh abah dan arwah datuk ku sebagai bilalnya, alhamdulillah…solat ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Tetapi, semuanya berakhir setelah terbinanya surau dikampung setahun yang lalu. Setelah abah ditaklif menjadi imam di sana, orang-orang kampung mula beralih ke sana untuk berjemaah bersama-sama…alhamdulillah…

10 malam terkahir

Antara saat-saat yang dinantikan pada bulan yang penuh keberkatan ini ialah ketika menghadapi 10 malam terakhir. Ummi dan abah mula mencari-cari masjid untuk melakukan iktikaf. Masih jelas diingatanku, ketika masih kecil, ketika aku tidak mengerti apa-apa erti iktikaf, ummi dan abah mula ‘mendidik’ kami ke arah itu. Awal-awal pagi sekitar pukul 3 pagi, mereka mula mengejutkan kami 3 beradik supaya masuk dalam kereta. Dalam keadaan yang sangat mengantuk kadang-kadang amat mengegarkan jiwaku. Kadang-kadang sampai nangis tidak mahu diganggu. Tapi ummi pandai memujuk kami dengan pelbagai caranya. Ummi menyuruh kami masuk dalam kereta, dengan disertakan peralatan seperti ubat nyamuk, makanan untuk bersahur, meja kecil (ABC), tikar getah dan bantal. Ketika itu, aku tidak mengerti apa tujuan sebenar mereka menyediakan semua bekalan itu….



Tiba sahaja di Masjid Muhammadi ( masjid negeri), sebelum ummi menunaikan solat tasbih bersama-sama makmum yang lain, ummi terlebih dahulu menghamparkan tikar di ruangan rehat di masjid itu. Ummi memasang ubat nyamuk, dan menidurkan kami kembali dan terus menunaikan solat tasbih bersama jemaah yang lain. Barulah aku mengerti, bekalan-bekalan yang disediakan oleh ummi tadi adalah untuk memudahkan kami, agar ummi dapat menikmati solat tanpa ada gusaran di hati meninggalkan kami di rumah. Justeru, ummi mengambil inisiatif membawa kami bersama-sama ke masjid untuk memudahkannya berhadapan denganNya dalam keadaan yang khusuk. Ketika itu aku tidak mengerti apa itu solat tasbih. Yang aku tahu ianya adalah solat yang paling lama dalam setiap rukuk dan sujudnya dan memerlukan bacaan yang sangat panjang. Isk, x penat ke ummi berdiri lama-lama?persoalan itu menerjah di fikiranku…

Alhamdulillah, ketika umurku telah memasuki tingkatan satu, aku mula berjinak-jinak dengan solat ini. Pertama kali lakukannya amat menguji ketahananku. Penat, tetapi impaknya sangat positif, dapat menikmati ketenangan di hati yang hanya Allah sahaja yang tahu, di tambah lagi dengan bacaan syahdu imam hafiz..Allahu akbar…nikmat sungguh waktu itu…

Alhamdulillah, betapa bersyukurnya aku dikurniakan ibu bapa yang sangat menekankan soal agama, walauku tahu, betapa sukarnya untuk sampai ke tahap ini. Sentiasa berhadapan rotan dan ‘hanger’, di cubit dan dimarahi, hanya kerana mahu mendidik kami supaya lebih kenal penciptaNya... Ummi, abah, sesungguhnya diri ini terlalu merinduimu..merindui suasana ramadhan di rumah kita, yang jauh lebih tenang dari tempatku disini…Doakan anakmu ini, agar bisa menempuh ujian yang silih berganti, yang sering menguji tahap keimanan diri ini...Moga sisa-sisa ramadhan yang berbaki ini, dapat dipenuhi dengan ibadah kepadaNya, serta diberi peluang olehNya untuk menikmati malam yang sentiasa ditungu-tunggukan, malam yang penuh barakah...lailatul qadar...amiin...


4 september 2009
~anakummiabah~