BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 4, 2009

Jamuan BBQ Kelab Jannah 09


Alhamdulillah, pada 9 Mac yang lalu Kelab Jannah (Jabatan Al-Quran dan Sunnah) UKM telah berjaya mengadakan jamuan ringkas bbq bertempat di FSSK. ‘Program makan-makan’ yang agak santai itu bermula pada pukul 8 malam itu melibatkan semua pelajar tahun 2, JQS. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat hadiri majlis itu. Kalo ikutkan memang x larat nak pi malam tu, sebab banyak kerja yg perlu diselesaikan hujung minggu tu..ada latihan motor lagi…iskk…memang penat sangat-sangat. Tapi, melihat teman-teman bersusah payah menganjurkan program ini, saya cuba kuatkan diri, dan mengenepikan rasa kepenatan diri ini…

Majlis pada malam itu sebenarnya bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara kami, pelajar tahun 2 al-Quran dan Sunnah. Sejak berbeza dalam pemilihan modul yang dipilih, membuatkan kami jarang lagi dapat bersua muka. Jika ada pun mungkin hanya di cafe, berselisih di fakulti dan kolej. Memang agak sukar untuk bertemu dengan mereka, apatahlagi teman-teman dari jabatan yang lain. Justeru program ini memberi peluang kepada kami untuk melepaskan rindu di hati... :) . Alhamdulillah, kehadiran pelajar pada malam itu agak memberangsangkan walaupun saya rasa tidak semua yang dapat menghadirkan diri. Mungkin mereka ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tapi yang pasti, program malam itu, walaupun agak ringkas, tapi sangat best! Para musliminnya dengan asyik membakar ayam bbq, dan tersedia sudah nasi tomata yang memang sangat best. ( sape yang buat ni?best taw..J) Kredit jugak buat Eda, yang sanggup ‘menderma’ kek walnut secret recipe yang saya kira boleh tahan harganya…huh~sangat best! Tp, sebab ramai sangat, sepotong kek kene makan kongsi2 jek..hehe. tp x pe laa, syukran jazilan ila Eda…moga Allah murahkan rezki enti! Amin…

Majlis pada malam itu juga turut dihadiri oleh Ustaz Arif, pensyarah Jabatan Al-Quran yang datang serba putih jubahnya, sesuci wajahnya. Alhamdulillah, dan saya memang tak sangka dengan kehadiran beliau, kerana sebelum-sebelum ini jarang pensyarah kita terlibat jika ada program yang tak formal macam ini. Saya rasa, kalau semua pensyarah di jabatan al-Quran turut mencontohi beliau, alangkah manisnya silaturahim antara kita semua ya…


tengah tunggu arang 'masak' ke tu? =)


lambatnya masak ayam bbq ni...,lapaq sangat dah ni...


b'sama 'org kuat' Jannah =)


kenangan terakhir, sebelum balik...


urm..shedapnya kek ni...nyum nyum~


nasi tomato JANNAH~ hee...

Alhamdulillah, majlis berakhir tepat jam 11.30 malam. Disini, saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menganjurkan program ini. Moga ukhuwah antara kita berkekalan, dan sentiasa dalam rahmatNya selamanya…amin…

4 comments:

Unknown said...

salam.. sedaknya kek tue..nok tepoh sor..
salam bermujahadah.. :)

Siti Mariam Abdullah said...

salam duwe... :)
ehe..,bleh2..nati ak wak ko mu so deh..., 50 ya sbutir..bleh?ehe..

Anonymous said...

bapok mahal sgt 50 rial tu.. bunga atas kek xdok

Gurindam Jiwa said...

Mahal sebab Secret Recipe. Nok hok mughoh, gi Bintang ko, Angel Cake ko...

Tapi Secret Recipe Seksyen 8 tu kalau tak silap Ustaz Razali Nawawi yang punye.