BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 24, 2009

Stress dan penawarnya

Salam alaik… =)

em, aceli skarang ini saya baru sahaja melepasi paper ke dua, Falsafah Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia. Huh. Memang mencabar sungguh subjek ni. Memang ‘best’ berfalsafah dalam dewan xm tadi. Saya akui, subjek ni agak ‘tough’ dari subjek- subjek yang lain, yang lebih kepada pemikiran Islam. Madah ni agak susah untuk difahami, kerana ianya memerlukan pemahaman yang jitu mengenai ilmu falsafah. So, kalau tak study awal-awal, memang susah nak jawab...Tadi pun, agak ‘lemas’ jugak, nak ingat balik pemikiran setiap ahli falsafah tu, agak perit jugak. ‘Ala kullihal…alhamdulillah...kita dah usaha sedaya yang mungkin, dan hanya padaNyalah kita bertawakkal.... =)

Penat juga rasanya ‘memerah’ otak sebentar tadi, so saya take 5 kejap untuk mengupdatekan blog. Nak releasekan tensen la kununya ni. huhu. Em, tengah-tengah musim xm begini, mood agak sukar untuk dimengerti. Kadang-kadang segala yang berlaku ada sahaja tidak kene tempatnya. Tention, salah satu perasaan yang melanda diri saya di kala ini. Ditambah dengan subjek yang agak tough sem ni, membuatkan saya agak tertekan. Tapi, itulah sebenarnya cabaran dalam menuntut ilmu. Jika ingin merasai ‘kemanisan’ sesebuah kejayaan tu nanti, kita kene banyak bersabar...Dan seseungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar… =)

Em, nak tau camne saye releasekan tensen dikala musim xm begini, selain membaca al-Quran dan mengupdate blog?

~Jumpa baby… =)


Hero yang tidak pernah jemu berlatih berjalan.. hehe~


Saya amat sukakan kucing. Di rumah sahaja sudah memiliki sebanyak 5 ekor. Saya suka kumpulkan kucing, especially baby2 kucing. So, kat kolej ni pun banyak sangat kucingnya. Tapi, kucing ni pun ada feeling jugak taw, n tak semua kucing-kucing tu, tahu erti kasih sayang. Em, paham ke? Mungkin hanya mereka yang dapat men’jiwa’ kucing sahaja yang akan mengerti... =)

Kat kolej ni, saya suke berdamping ngan Memel. Seekor kucing yang sangat manja, tak banyak kerenah, juga seekor ibu yang penyayang. Memel memiliki 3 ekor anak! Comel tau. Nama dia, Hero, Chubby n Ciku…Memang besh main ngan diorang ni. Diorang ni ‘berkampung’ di sebelah blok saya, so blok tu skang dah jadi rumah ke dua saya. Kalau datang jer time stress, kaki ini akan terus menuju ke situ. =) Alhamdulillah, dapat tengok jer baby-baby ni, jiwa saya akan tenang…happy...n tak tention lagi...alhamdulillah. Syukur, kerana Allah masih memberi sesuatu kepada saya untuk melepaskan tekanan ini. Sungguh, saya tenang menyayangi makhlukNya yang bernama kucing ni... =) dan kerana itulah, saya diberi gelaran 'ummu hirrah'... (ibu kucing) =)


Lenanya bucuk tidoq...~


Memel bucuk~ seekor ibu yang penyayang... =)


Hero, Chubby n Ciku sedang lena dibuai mimpi~

Em, kini, masih tinggal 5 paper menanti. Plz pray 4 me ya! cayok cayok! =)

~ummu hirrah~ =)

0 comments: