BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 8, 2010

Kembali

Salam kepada semua, terutamanya buat pengunjung setia blog saya.. :)
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukurkan kepada Allah swt, sehingga ke hari ini kita masih dikurniakan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah, wa syukurlillah..
Maaf, kerana sudah lama tidak mengupdate blog kesayangan ini. Sejak kebelakangan ini, banyak perkara terpaksa diutamakan, oleh itu saya terpaksa mengepikan keinginan utk 'berkarya' di ruangan ini. Hanya menjenguk dari jauh, utk mengubat rasa rindu di hati..

Alhamdulillah, kini saya telah selesai menghabiskan pengajian saya di peringkat sarjana muda pengajian Islam pada beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah, sempat dianugerahkan segulung ijazah sehari sebelum kita menyambut bulan ramadhan almubarak. Moga dengan ilmu yang telah dibekalkan sepanjang tiga tahun pengajian di kampus perbukitan ukm, dapat diamalkan dan dikongsi bersama, insyaAllah.

Kini, saya telah pun berada di kampung halaman tercinta, bertugas alih dari seorang pelajar, kini gilirannya pula kepada kepada kedua ibu bapa saya . Mungkin agak ‘berat’ pada awalnya, dek kerna sudah lama tidak melakukan kerja berat, ( hanya stadi je kat kampus), tup3 semua kerja rumah perlu dibereskan dalam masa yang singkat..huhu. Jadi ketika ini, saya bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa. :)

Alhamdulillah, syukur kerana saya masih diberi ruang oleh Allah untuk menjaga kedua ibu bapa saya sebaiknya. Dengan izinNya, selagi nyawa dikandung badan, selagi mempunyai qaurat olehNya, saya cuba menjaga mereka setakat termampu, terutamanya keadaan kesihatan abah yang tidak begitu baik sejak akhir2 ini.. Sejak abah mengidap jantung beberapa bulan yang lalu, segala gerak-kerja hariannya telah beralih kepada saya. Abah dah tak dapat buat kerja berat lagi.. hanya berehat, makan ubat, itu yang termampu. Tapi saya tetap bersyukur, kerana Allah masih memanjangkan umur abah hingga ke saat ini. Alhamdulillah, sementara umur saya yang berbaki ini, saya akan menjaga abah dan ummi setakat yang termampu saya lakukan, insyaAllah. Terlalu banyak perngorbanan yang telah mereka lakukan untuk saya, semata-mata untuk melihat saya berjaya sehingga ke hari ini. Terima kasih ummi, terima kasih, abah. Hanya waktu ini adalah masa yang tepat untuk saya korbankan masa saya, sebelum saya sibuk dengan alam perkerjaan dan perkahwinan kelak. Moga saya diberi kekuatan fizikal dan mental untuk mengecapinya, insyaAllah.

Setakat ini dulu utk waktu ini, InsyaAllah, saya akan update blog ini sekiraya masa terluang lagi.. doakan. Wassalam.

0 comments: