BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 25, 2011

Ujian seorang pendidik..


Ahh..lama sungguh saya tidak berblog. Sungguh, jari-jemari saya terlalu rindu untuk ‘berkarya’seperti dulu, 2 taun yang lalu ketika berada di kampus perbukitan itu. Dan kini, saya kembali! Kembali dengan ‘perwatakan’ baru.. kembali dengan 1000 kenangan pahit dan manis utk dikongsi..

Alhamdulillah, setelah 3 tahun menuntut ilmu di kampus.. kini saya telah dipertanggungjawbkan Tuhan memikul tugas yang sangat berat.. Tika ini, saya masih tidak percaya yang saya sudah pun menjadi seorang pendidik.. layakkah saya? Saya cuba merenung dalam-dalam.. kerana saya tahu, amanah ini terlalu berat untuk dipikul, walau ianya kelihatan ringan di mata masyarakat.. Hakikatnya, ianya memerlukan kesabaran yang luarbiasa Alhamdulillah saya panjatkan pada Tuhan sekelian alam, yang mengurniakan kepada saya ‘tugasan’ ini.. Moga amanah ini mampu dipikul dengan sedikit kekuatan dariNya.. amiinn..

Untuk mendidik seseorang itu bukanlah suatu yang mudah. Kerna saya tahu, saya tidak dapat mendidik mereka dengan baik, sekiranya diri saya sendiri tidak terdidik dengan baik.. Ya, saya kini diuji.. diuji, diuji dan terus diuji olehNya.. walau saya sedari, kadang-kadang saya rasa x mampu untuk ditanggung.. terlalu berat.. kenapa saya sentiasa diuji dengan masalah yang sama? Adakah kerana saya masih tidak ‘lulus’ dengan ujian yang dulu? Ya Allah.. beratnya untuk dipikul.. sesungguhnya aku terlalu lemah utk diuji dengan ujian ini.. tapi sebagai hambaMu, aku redha.. dan aku pasti, setiap yg ujian yang kau anugerahkan, pasti hadir 1000 hikmah disebaliknya.. ya Allah, sekiranya ini adalah jalan terbaik di mataMu, aku sanggup berkorban utk itu.. berkorban utk diriku.. agar menjadi insane yang lebih sempurna dimataMu.. Kurniakanlah aku sifat redha-meredhai dalam setiap cubaanMu, Moga ujian ini membuatkan aku lebih kuat, lebih kuat utk mengharungi sisa-sisa kehidupanku.. yang tidak pernah dihargai..

26 April 2011
11 a.m

2 comments:

perindu ilahi said...

slm..cik ct dah jd muallimah ker skg?mabruk!!ngaja kat ner?

hakima said...

salam, sis.. semoga Allah permudahkan setiap urusanmu..sentiasa.. ^_~
dik, keep up ur spirit ok.. tugas pendidik sungguh mulia..Allah memilihmu menggalas tugas ini kerana kemuliaanmu.. bukalah hatimu seluas-luasnya untuk ditarbiyyah pula oleh-Nya.. hargailah dirimu dengan penghargaan yg tinggi saat insan lain meremehkanmu, letaklah harapan yang tinggi saat terasa keadaan sungguh menyesakkan..semuanya kerana ALLAH MENCINTAImu... take care, dear!